Kesian Dengan Umno Kedah. Kenyataan Nak Sedapkan Hati Jer

BN Kedah Mampu Menang Lebih Dua Pertiga Kerusi - Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 19 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di sini.

Lebih 500 ketua wanita peringkat cawangan di negeri itu menyertai kursus tersebut.

Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti BN dengan 14, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota DUN PKR.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata persiapan jentera pilihan raya negeri telah digerakkan sejak bulan lepas dan bilik gerakan bagi peti-peti undi akan dibuka bulan depan.

Beliau turut mensasarkan untuk menarik lebih 100,000 pengundi baru menyertai UMNO dan sekarang ini lebih 30,000 pengundi baru telah mendaftar sebagai ahli parti.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.