Jawatankuasa Majlis KEADILAN Sabah dibentuk
Keadilan Daily
SABAH: Majlis Presiden KEADILAN Sabah memulakan mesyuarat pertamanya di Kota Kinabalu hari ini sebagai langkah pertama mengukuhkan KEADILAN di negeri itu.
Dalam mesyuarat itu Majlis Presiden yang dipengerusi Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku Pengerusi Interim telah meluluskan pembentukan sebuah jawatankuasa yang dianggotai 11 individu seperti berikut:
1. Ahmad Thamrin Jaini-Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi.
2. Datuk James Ghani-Pembangunan Luar Bandar
3. Christina Liew-Pembangunan Infrastruktur
4. Saidil Simoi-Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. Awang Tengah Awang Amin-Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan
6. Datuk Kong Hong Ming-Pembangunan dan Pengurusan Tanah
7. Stephen Sandor-Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
8. Jafery Jomion-Belia dan Sukan
9. Lukiah Indan-Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
10. Datuk Hallik Zaman- Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat
11. Datu Mustapha Hj Tambuyong-Pertanian dan Industri Makanan
Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat itu juga sebulat suara memutuskan Roland Chia, Darell Leiking serta Naib Ketua Wanita Pusat, Sakinah Yusuf sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden.
“Tugasan mereka adalah untuk menguatkan kerjasama antara kepimpinan Sabah dan pusat. Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing,” katanya.
Katanya, setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama KEADILAN Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing.
“Pimpinan KEADILAN Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat,” katanya.

No comments
Post a Comment