Penjenamaan semula Unisel sesuai keadaan
SHAH ALAM, 23 Feb – Pertukaran Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor dilakukan sesuai dengan perkembangan semasa dan perluasan kategori khusus yang ditawarkan. Kini kursus yang ditawarkan tidak hanya membabitkan bidang industri sebaliknya turut membabitkan bidang lain seperti pelancongan, komunikasi masa serta seni lukis dan seni rekaan.
“Ekoran perkembangan kursus yang ditawarkan, Kerajaan negeri berpendapat nama perlu ditukar kepada Universiti Selangor, namun singkatannya tetap Unisel,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid turut menyatakan perubahan nama itu tidak membabitkan pembaziran kos.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha MIC Selangor, K.R Parthiban dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Parthiban mendakwa penukaran nama Unisel tidak mendatangkan faedah kepada pelajar dan universiti.
Parthiban turut mendakwa mereka yang mendapat faedah hanyalah kroni Abdul Khalid yang akan diberi projek percetakan, pemasangan papan tanda, lanskap dan alat pejabat yang baru seiring dengan penjenamaan semula Unisel.
“Jika ada pihak mengatakan ada kroni tertentu terbabit, sila dedahkan. Saya pun hendak tahu siapa yang dapat faedah dapipada penjenamaan semula Unisel,” kata Abdul Khalid.

1 comment
hahaha... dlm amalan BN mmg la macam tu.. dia pikir PR mcm BN..
Post a Comment