Serang Nik Aziz Dengan Isu DAP. Bagaimana Umno Cium Bontot Pemimpin MCA?

Negara Islam: Ramai tunggu Nik Aziz jawab 5 soalan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjawab lima soalan yang dikemukakan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum membuat pelbagai tuduhan ke atas UMNO berkaitan agama Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai yang ternanti-nantikan jawapan Menteri Besar Kelantan itu terutama mengenai penubuhan negara Islam.

"Kalau Nik Abdul Aziz kata akan lakukan apa yang dikehendakinya berhubung agama Islam, macam mana pula beliau mahu berdepan dengan pemimpin DAP yang kata mahu mayatnya di langkah terlebih dahulu?

"Kita pun mahu tengok juga caranya. Tapi, setahu saya ada pemimpin Pas dalam satu forum kata mereka tidak akan tubuh negara Islam. Mungkin itu yang DAP mahukan agaknya," katanya.

Jamil Khir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau mengulas tuduhan Nik Abdul Aziz dalam wawancaranya bersama Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa UMNO menolak Islam dan gagal memperkenalkannya kepada MCA dan DAP.

Sebaliknya, kata Nik Abdul Aziz, kerjasama Pas dan DAP merupakan rahmat kepada Cina Malaysia kerana Pas berjaya berbuat demikian sehingga serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

Jamil Khir menambah, berbanding tentangan diterima oleh Pas daripada DAP untuk mewujudkan negara Islam, MCA dan MIC serta parti komponen lain menerima baik konsep Islam yang dibawa UMNO sejak sekian lama.

"Kalau pemerintahan Pas selama 20 tahun di Kelantan menjadi ukuran, kita jelas lebih jauh ke hadapan.

"Apatah lagi kalau berbincang mengenai pembinaan masjid, surau, penegakkan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah. Memang kita mendahului," katanya.

kahkahkkahkah. memang bodoh. banyak dah nik aziz ulas dan tulis. tapi kalau dah buta hatii nak wat macam mana. tolong buat akaun fb, add nik aziz. jangan jadi orang bodoh tau .

No comments

Powered by Blogger.