Tak Perlu Minta Maaf Kepada Isa. Bekas Pesalah Rasuah!

Kenyataan Tengku Zafrul adalah peribadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.

Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..

Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.

Sementara itu, sumber mengesahkan Mohd. Isa sudahpun menerima surat permohonan maaf berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.