Walaupun Kalah, PAS Tidak Jual Islam Macam Umno
Nik Aziz terima kekalahan PAS hati terbuka
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerima dengan hati terbuka keputusan penduduk Tenang menolak calon parti itu, Normala Sudirman, 38, dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kelmarin.
Katanya, Normala adalah calon beretika dan bersemangat tinggi serta mengucapkan tahniah kepada bekas guru itu atas kesungguhan dan keberanian menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39.
"Bagaimanapun, saya dukacita, apabila ada laporan bahawa masyarakat Cina di bandar (pekan Tenang) tiada kemudahan pengangkutan disediakan untuk ke tempat mengundi ketika hari pembuangan undi akibat banjir, manakala di kawasan Felda, banyak orang pergi ambil (pengundi di situ) dengan bot dan sebagainya.
"Sekiranya perkara ini dilakukan dengan sengaja, ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, semalam.
Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar yang memperoleh 6,699 undi menewaskan Normala (2,992 undi) dengan majoriti 3,707 undi.
Ditanya sama ada kekalahan itu berpunca akibat calon PAS, Nik Aziz menafikan kekalahan ada kaitan dengan kewibawaan atau ketokohan calon mereka.
“Keputusan meletakkan Normala sebagai calon PAS di Tenang adalah keputusan kita (PAS) dan ia dibuat PAS Pusat, yang bersetuju dengan bekas guru itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, Salahuddin Ayub, berkata keputusan di Tenang membuktikan PAS masih dapat mempertahankan pengaruhnya.
Katanya, walaupun tewas dengan majoriti 3,707 undi dalam keadaan banjir dan hujan lebat selain tidak banyak kemudahan, keputusan itu dianggap memberangsangkan berbanding BN yang gagal mencapai matlamat majoriti 5,000 undi.
"Kekalahan tiada kaitan dengan calon kita, namun saya tidak menafikan kawasan itu adalah kubu kuat BN sedangkan PAS hanya turun selaku underdog",” katanya.

No comments
Post a Comment