Ariel diminta bertaubat

JAKARTA - Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham digesa bertaubat selepas dia dihukum penjara kerana mengedarkan dua klip video lucah, kata peguam terkenal, Farhat Abbas semalam.

Menurut laporan akhbar dalam talian INILAHCOM, hukuman penjara tiga tahun enam bulan itu sudah memadai buat penyanyi tesrebut.

"Seharusnya mereka (Ariel dan peguamnya) menerima sahaja dan bertaubat," katanya.

Farhat merupakan orang yang membuat aduan berhubung kelakuan Ariel dan kekasihnya, Luna Maya kepada pihak berkuasa sebelum ini. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.