Apa Pendirian Umno Tentang Hukum Allah Wahai Muhyiddin? Umno Parti Orang Islam Ke?
Hudud: Muhyiddin mahu DAP, PKR perjelas pendirian
KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian jelas berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan PAS sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan seterusnya di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan pembangkang itu perlu segera menzahirkan pendirian sebenar mereka, dan tidak mengelirukan rakyat dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
“Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi PAS masih bertekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bersama pemimpin penjawat awam Malaysia-Singapura 2011 di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama Online, Muhyiddin menggesa Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk ‘bersuara’ dengan jelas dan tidak lagi berdolak-dalik dalam isu itu.
“Setakat ini yang konsisten hanya Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
“Biar Anwar, Karpal dan Hadi cakap dengan jelas apa pendirian mereka, kerana bukan sahaja orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga mahu tahu apa pendirian pakatan pembangkang dalam soal ini,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, “eloklah pihak media tanya mereka apa pendirian rasmi pakatan pembangkang, biar mereka jelaskan perkara sebenar atau kalau tak boleh sangat, buatlah kenyataan media dan bacakan sahaja.”
Mengulas cadangan pembentangan bajet alternatif pakatan pembangkang minggu depan, Muhyiddin berkata, beliau yakin ia akan membentangkan “bulan dan bintang” seperti yang dijanjikan ketika mahu menubuhkan kerajaan alternatif.

1 comment
apa pendirian pemimpin umno tentang hudud? kalau kita semak kutbah jumaat di masjid yang kutbahnya ditulis orang JAWI (Rumi tak ada ke?) atau Jakim, pandai pula menyebut bayangan tentang hukum Allah ini wajib dilaksanakan, jangan persenda, jangan ditolak, tapi, UBN tak setuju, tak tahulah apa lagi selepas ini UBN nak buat. depa nak pusing lagu mana pas ni.
Post a Comment