Isu Hudud: Otak Mahathir Semakin Tidak Betul. Maaf Saya Kasar

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.


Kenapa tun tidak pertikai mengapa orang islam kena bayar zakat tapi orang bukan islam tidak bayar zakat?

kenapa tun tidak pertikai mengapa orang islam kena bersunat tapi orang bukan islam tidak kena sunat?

tolong la mahathir, jangan bodoh sangat la dalam bab agama.
Powered by Blogger.