Guru di"brainwash" supaya bekerja untuk UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJyS1eyh1KNuYWAw_PpRnwJ60TO9AwqEs-IckF-11e9FW17S30c2Xvl2mtRp2FEPBA70m0qickJtXg_8wG9FSnSh4Ia_WRSa_YNTBJFsV0F-ZjByaVg07laqBOIGFn1HeNoIJ9YABksww/s400/_DSC4637.JPG


1. UMNO sangat terdesak bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lalu menghalalkan "politik kotor" dan "penyalahgunaan kuasa". Terbaru mereka telah mem"basuh pemikiran" warga pendidik khasnya para Pengetua sekolah agar berkempen dan bekerja bagi pihak UMNO demi memastikan semua warga pendidik menyokong atau mengundi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Malah mereka dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

2. Kebanyakan guru melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini, terutama apabila mereka ditipu hidup - hidup oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewajibkan mereka menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai [ Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon Timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia ] yang dianjurkan pada 28 September 2011 di Dewan Ballroom Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur.

3. Tentatif program yang diedarkan kepada peserta [warga pendidik] menampilkan 2 penceramah yang terdiri daripada :

Ybhg Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba selaku Profesor pendidikan Universiti Islam Antarabngsa Malaysia [UIAM] dengan tajuk : Memahami Transformasi Pendidikan Malaysia. sementara penceramah kedua ialah

Yb. Dr. Hj. Mohd Fuad bin Hj. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 11 sebagai Ucapan Naqib Utama .

4. Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi Seminar UMNO untuk membelasah PAS, PKR dan DAP disamping menggesakan agar para guru memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang dan semua guru diminta mengenal pasti guru - guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong UMNO. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi UMNO menghadapi Pilihanraya Umum.

5. Seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat disamping buku dan vcd turut disertakan dalam file bercetak Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan kementerian tersebut apabila bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan UMNO yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik.

7. Lebih dikesali apabila seminar ini kononnya untuk memantapkan warga pendidik, pula menggunakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai percubaan nekad memperbaiki reputasi UMNO di mata warga pendidik. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap ini sebagai satu penyalahgunaan kuasa bahkan ia sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

8. Lebih hina apabila kedua - dua penceramah yang terdiri dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sendiri hanya menumpukan kepada usaha memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat. Apakah UMNO telah kehabisan ruang media mereka untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat ? Apakah UMNO kini sangat terancam apabila menyedari rata - rata warga cerdik seperti para pendidik tidak lagi menyokong mereka ? atau UMNO telah hilang kewarasan dan tahap profesional mereka sehingga secara langsung mengheret dan memerangkap warga pendidik dengan seminar pemantapan warga pendidik, sebalik digunakan sebagai Bengkel Pemerkasaan UMNO ?

9. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang menjerut leher sendiri apabila mereka nekad membohongi para pendidik tanahair, pula ditabur dengan pelbagai janji manis disulam fitnah yang dihambur kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

10. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera menghentikan tindakan tidak bijak tersebut yang hanya dilihat menjatuhkan reputasi UMNO itu sendiri. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia juga dikehendaki segera memohon maaf kepada semua rakyat dan warga pendidik kerana menyalahgunakan wang rakyat dan mengkhianati profesionalisme. [ kami mendapat maklumat bahawa siri berikut seminar ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan pahang pada 6 Oktober 2011 akan datang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkq6PF8cqEwewIeg8LSxMi5XSQdSzJEPpNRNO6Klr_bhmd3ODAfbgd2gErp0QSAPu_nem_u29aEUw-FvnxqE2skXef3FZiFaTS_DWC1zQ_gjDBg2GaE6txdzvJu-0m1xWSUN3Kl27rnjg/s400/_DSC4666.JPG

1 comment

Unknown said...

kita kena terbitkan risalah atau buku tentang bahayanya Umno kepada Umat Melayu di masa depan. ini sebagai balasan kempen tidak bertamadun itu, kaum guru pun kena kelentong ka?

Powered by Blogger.