JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZULKIFLI: TUKAR TIUB

Tukar Tiub mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang tidak membayar hutang sebanyak 15 ribu ringgit yang dipinjam untuk membayar cagaran ketika bertanding dalam pilihanraya lalu.

Tukar Tiub juga meminta JAKIM menyiasat kehilangan 30 ribu ringgit dari tabung rumah anak yatim Perkid di Hulu Selangor.

Zulkifli didakwa cuba menyebarkan ajaran meminjam tak bayar dan merembat duit di negara ini.

Tukar Tiub berkata, tindakan Zulkifli itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Fahaman meminjam duit kemudian tidak membayar kembali dan merembat duit tabung anak yatim dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan.

"Terdapat dua perbezaan besar di antara meminjam duit kemudian tidak bayar dan merembat duit anak yatim . Meminjam duit kemudian tidak dibayar adalah menipu orang yang kita kenali ini tidak sama seperti merembat duit tabung anak yatim yang anak anak yatim ini tidak kita kenali’ kata Tukar Tiub

http://tukartiub.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.