Kenyataan Najib Mengelisahkan Umno P Pinang?

Oleh Mohd Sayuti Omar

PENGAKUAN Najib Razak semasa merasmi konvensyen Gerakan semalam yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya memerintah negeri itu tentunya disambut dengan rasa berbelah bagi dan pro-kontra di antara masyarakat Cina (UBN) dan Melayu Umno di negeri berkenaan.

Orang Cina Gerakan dan MCA merasa senang dengan pengakuan Najib itu. Pengakuan itu akan memberi keyakinan kepada mereka tentang stail atau transformasi politik Umno yang penuh bertolak ansur.

Setidak-tidaknya begitulah bingkasan awal mereka. Serentak itu juga masyarakat Cina tidak perlu merasa cuak dengan gelagat Umno Pulau Pinang ke belakangan ini yang cuba menunjukkan taring dan pengaruh mereka untuk menawan negeri itu.

Umno sebelum ini secara tidak langsung meletakkan kegagalan UBN mengekalkan Pulau Pinang kepada Gerakan. Kerana itu Umno tiba-tiba 'bercongek ekor' membuat serangan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Itu orang bernama Rezza Marican Naina Marican selalu muncul dengan pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan DAP. Bagi Rizal sama seperti bagi pemimpin pembangkang yang melihat apa-apa yang dilakukan kerajaan semuanya tidak betul, begitu jugalah nilai Rezza.

Beberapa tunjuk perasaan dan himpunan juga sering berlaku di perkarangan Komtar - Pejabat Ketua Menteri. Dari sekecil-kecil isu sampai ke sebesar-besar isu cuba dibangkitkan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Isu Mat Sabu tuntut wang perubatan kerana luka lutut disebabkan dilanggar kenderaan pada himpunan Bersih juga dibangkit. Kononnya Mat Sabu yang menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang tidak layak untuk mendapat bayaran ke atas lukanya kerana berhimpun dalam himpunan haram Bersih.

Bukannya banyak apa yang dituntut oleh Mat Sabu tidak sampai pun RM10,000 apalah kalau dibezakan dengan tuntutan ratusan juta dilakukan Umno. Namun kerana itu kesalahan, tidak kisah besar atau kecil jumlahnya. Rezza dan Umno Pulau Pinang tetiba hendak jadi hero memperjuangkan wang rakyat. Sebelum turun gelanggang Rezza dan Umno Pulau Pinang sepatutnya membersihkan atau mengintaikan dulu sampah yang disepak ke bawah karpet oleh pemimpin parti itu.

Atau isu paling hampir yang ada di sisinya mengenai bagaimana seorang bekas setiausaha kepada menteri memilik wang ratusan juta ringgit. Tetapi isu itu nampaknya disunyikan saja oleh Rezza seolah dia tidak pernah mendengar apa-apa tentangnya. Kalau betul Rezza bekas graduan universiti Islam antarabangsa (UIA) beliau tidak mengamalkan budaya kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di birai mata tidak nampak.

Segala aksi-aksi itu - apa dilakukan oleh Umno - menunjukkan Umno begitu beriya untuk mengungguli kemudian memerintah Pulau Pinang. Tetapi apabila Najib membuat kenyataan itu segala usaha itu menjadi anti klimek. Belum sempar 24 jam orang bernama Musa Sheikh Fadzil telah memperakui akan akur kepada apa yang dituturkan oleh Najib Razak.

Ertinya perjuangan Umno yang macam 'nak rak' menyerang kerajaan DAP sebelum ini sia-sia sahaja. Perjuangan dan kesungguhan itu semacam tidak mendapat restu dari ketua mereka Najib Razak. Seperti hanya Umno Pulau Pinang saja mengigau untuk menjadi kerajaan di negeri itu tetapi pucuk pimpinan atasanya tidak memepdulikan langsung.

Sebenarnya kalau dilihat kepada sejarah sikap Umno tentang Pulau Pinang tidak perlu dipertikaikan lagi. Satu masa dulu Umno pernah mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan tetapi kerusi ketua menteri diserahkan kepada Gerakan. Hakikat disebalik itu sepatutnya difahami oleh Umno terutamanya orang seperti Rezza Marican dan Musa Sheikh Fadzil.

Biarlah. Soalnya kini pula apakah Cina Gerakan dan MCA Pulau Pinang yakin dengan penjelasan dan pengakuan Najib itu? Apakah benar kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Gerakan sekrianya Pulau Pinang dapat ditawan. Macam mana sekiranya dalam pilihan raya nanti Umno mendapat kerusi lebih dari Gerakan? Apakah Umno Pulau Pinang akan akur dengan kehendak Najib?

Bukan semudah itu rasanya untuk orang Cina mempercayai kenyataan Najib itu. Sudah tentu kalau keadaan itu berlaku Umno Pulau Pinang yang sudahm lama mengidam untuk menjadi kerajaan akan menuntutnya. Apa lagi kalau kebetulan Umno mendapat kerusi melebihi daripada apa yang Gerakan dan MCA perolehi?

Kesimpulannya kenyataan dan pengakuan Najib itu tidak ubah ia adalah janji politik semata-mata yang kondisinya boleh berbuah pada bial-bila masa saja. Najib juga tidak akan dapat mempertahankan kenyataan itu sekiranya Umno Pulau Pinang mendesaknya. Saat itu Najib akan mempertimbangkan apakah mengenai persepakatan politik yang semakin meruncing atau kedudukannya yang juga meruncing.

Tegasnya kenyataan itu Najib itu tidak akan membawa banyak perubahan kepada senerio politik Gerakan khasnya dan Umno Pulau Pinang amnya. Ianya hanya sebuah kenyataan bersifat retorika semata-mata.

http://msomelayu.blogspot.com/

1 comment

kubigomofm said...

info yg bermunafaat. teruskn menulis

Powered by Blogger.