Terengganu : Masjid RM1.2 juta dikhuatiri runtuh
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
HULU TERENGGANU: Sebuah masjid di Terengganu yang ber harga RM1.2 juta dibina ketika Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh kini heboh diperkatakan oleh penduduk setempat bakal runtuh.
Berdasarkan maklumat penduduk, tinjauan ke lokasi berkenaan mendapat ada asas kebenaran dakwaan tersebut.Ini kerana, berlaku mendapan serius hampir keseluruhan lantai Masjid Al-Redha yang berharga RM1.2 juta di Kampung Manir, dekat sini.
Difahamkan, kejadian lantai mendap telah lama berlaku sedikit demi sedikit sejak dua tahun kebelakangan ini, tetapi semakin serius dua minggu lalu dan kerja-kerja membaik pulih segera dilakukan pihak berkuasa.
Penduduk sekitarnya memaklumkan masjid berkenaan baru dibina sekitar lima tahun lalu bagi menggantikan yang asal diperbuat daripada kayu cenggal.
Malah, Masjid Al-Redha tersebut pernah dikunjungi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin serta Pemangku Raja Terengganu sebelum ini.
Seorang penduduk, Samsul Bahri Salleh melahirkan rasa kebimbangan dengan kejadian mendapan lantai Masjid Al-Redha di Manir.
Katanya, jika lantai mendap dengan serius dibimbangi akan menjejaskan struktur kerangka ke seluruhan masjid berkenaan.
“Bayangkan, jika se suatu kejadian tidak diingini berlaku pada hari Jumaat sudah pasti boleh meragut nyawa orang ramai.
“Saya bimbang dan minta pihak berwajib terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan menyeluruh dari aspek keselamatan struktur masjid ini,” jelasnya.
Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan di bahagian jemaah muslimat sebelum beralih ke ruang utama masjid berkenaan.
Selain itu, seorang bilal Jusoh Abdullah, 65, menjelaskan selain lantai masjid mendap turut berlaku serangan serangga perosak anai-anai.
Katanya, serangan anaianai juga serius menyebabkan banyak kitab-kitab al- Quran, buku agama, surah Yassin serta almari rosak.
Menurutnya, Masjid Al- Redha tersebut mempunyai tiga orang imam dan tiga bilal yang bertugas mengikut giliran masing-masing.
Seorang Ahli Ja wa tankuasa Masjid yang enggan disebut namanya berpendapat mendapan lantai masjid mungkin berpunca daripada projek “mi segera.”
Katanya, ketika zaman pemerintahan Idris Jusoh banyak projek-projek kerajaan yang menggunakan “Dana Khas” (Wang Ihsan).
Menurutnya, wang dana khas adalah wang royalti yang dirampas sewaktu pemerintahan kerajaan PAS Terengganu 1999-2004.

No comments
Post a Comment