Presiden Cuepacs Klu Klek! Letak Jawatan La!
Presiden Cuepacs: Saya seperti tak percaya apa dibentangkan PM
Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 7 Okt — “Terima kasih Perdana Menteri kerana menunaikan tuntutan dan suara kakitangan kerajaan dalam pembentangan bajet hari ini.” Demikian reaksi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman kerana seakan tidak percaya dengan berita gembira sewaktu pembentangan bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini.
“Saya seperti tidak percaya kerana apa yang dibentangkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah satu pengumuman yang tidak disangka-sangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
“Cuepacs sangat berbesar hati dengan bajet kali ini kerana hampir 80 peratus daripada tuntutan kami telah ditunaikan kerajaan di samping beberapa pengumuman yang tidak dijangka seperti pemberian bantuan kepada pelajar sekolah,” tambahnya.
Omar turut berpuas hati dengan perubahan drastik Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sistem gaji satu lapis dan pemberian bonus setengah bulan, dan juga kenaikan tahunan sebanyak dua peratus untuk pesara kerajaan yang disifatkan beliau sebagai satu usaha kerajaan untuk membantu kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.
“Di sini saya melihat kerajaan komited untuk memperkasa kakitangan kerajaan dengan memberikan insentif-insentif tersebut bukan sahaja ketika masih bekerja, malahan ketika mereka tidak lagi bekerja dan telah bersara,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kakitangan kerajaan agar lebih komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas memandangkan kerajaan sudah memenuhi tuntutan yang mereka suarakan sebelum ini.
“Bermula hari ini, kakitangan kerajaan seharusnya lebih berintegriti dan bersemangat untuk melaksanakan tugas supaya mereka tidak dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana mereka sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya memberi ingatan kepada kakitangan kerajaan.
“Memandangkan had umur persaraan baru sudah dilanjutkan sehingga 60 tahun, mereka hendaklah menjaga kesihatan agar produktiviti dapat dikekalkan dan tidak menjejaskan tugas mereka,” katanya.

1 comment
bugget ini nampaknya hanyab tertumpu kepada kakitangan kerajaan, bagaimana orang lain yang bukan kaki tangan kerajaan? rakyat kelas kambing ka? jangan sebut soal subsidi untuk rakyat kecil, sebab subsidi itu dinikmati semua orang, nampak sangat najib tertekan oleh kaki tangan kerajaan yang mula meminggirkannya. kenyataan Ceupecs pun mengada-ngada,lupa kepada realiti masyarakat sebenar di malaysia.
Post a Comment