Presiden MCA: Tee Keat patut letak jawatan

Nigel Aw

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi.

"Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Bagaiamanapun, Chua kemudiannya menafikan bahawa beliau meminta Ong untuk meletakkan jawatan dari parti atau sebagai ahli parlimen.

Soalan: Adakah awak maksudkan berundur dari parti?

Chua: Tidak ... Letak jawatan dan berundur dari parti adalah berbeza.

S: Awak mahu dia letakkan jawatan sebagai ahli parlimen?

Chua: Tidak, saya tidak minta beliau letakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Chua kemudiannya berkata terpulang kepada "kebijaksanaan" Ong untuk membuat keputusan seterunya. Ulanginya, jika bekas presiden MCA itu tidak lagi yakin dengan parti Cina itu, beliau tidak seharusnya berkhidmat di bawah nama parti.

"Jadi saya membuat satu kenyataan yang membentuk satu premis, bagaimana beliau membentuk kesimpulan adalah terpulang kepadanya."

Chua mengulas kenyataan Ong baru-baru ini yang mengatakan bahawa MCA sudah tidak lagi menjadi relevan.

Dalam membidas seterunya itu, Chua mengunakan huraian yang sama ke atas Ong yang katanya akan hanya tinggal sebagai “nota kaki” dalam sejarah MCA.

"Beliau mempunyai peluang memimpin MCA selama 17 bulan, selepas pilihan raya (umum) 8 Mac. Beliau tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi, apa yang dilakukannya adalah hanya menghukum atau memecat orang,” kata Chua.

No comments

Powered by Blogger.