Ulasan : Hudud di Malaysia
oleh : Zhuliana binti Ambok Dalek
www.zhuliana.blogspot.com
Hudud adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana yang telah dilontarkan oleh para fuqaha’ ia adalah hak Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu.Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya dan tidak bersifat menzalimi. Oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dari yang dianiaya kerana ia adalah hak Allah.
Melihat kadar jenayah yang berlambakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan amat menggerunkan sekali. Statistik kes jenayah yang semakin meningkat tahun demi tahun. Terfikirkah kalian, adakah golongan yang bermasalah ini akan mentadbir negara? Sedarlah bahawa generasi muda yang berintelektual serta punya jati diri peribadi muslim kian terhakis dek kerana golongan generasi muda kini disibukkan dengan hal-hal keduniaan, hiburan serta gejala yang tidak berfaedah sehinggakan lalai dengan perintah Allah Taala.
Lihat sahaja statistik yang di laporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diperincikan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Secara tidak lansung akan memberi impak kepada negara kelak.
Hudud adalah satu tuntutan Allah yang mewajibkan ke atas setiap orang Islam. Ia bukan sahaja menjadikan lambang kemegahan dan kewibawaan serta kesejagatan syariat Allah malahan mencabar kedaulatan undang-undang nafsu manusia.Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. Salleh menggesa agar seluruh ahli agama dan rakyat Malaysia yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.“Undang-undang ini datangnya dari Allah s.w.t, iaitu tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, apabila ianya datang dari Allah s.w.t maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat”ujar beliau.
Kembali kepada sejarah Islam, ketika mana orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w telah berusaha untuk melepaskan diri daripada hukum Hudud kerana tidak sesuai dengan diri mereka. Secara kebetulan Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sama dengan apa yang terdapat di dalam Kitab Taurat. Rasulullah s.a.w menjatuhkan hukuman dengan apa yang terdapat di dalam Kitab Taurat. Ini merupakan hujjah argumentasi serta menjadi alasan kepada para ulama' untuk menyerahkan kepada orang bukan Islam supaya menggunakan undang-undang mereka.
Allah Taala berfirman yang telah ditujukan kepada orang-orang Yahudi. "Janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan dalam keadaan kamu menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah : 42)
Sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas.Mengapa perlu takut dengan hukum Allah Taala. Siapa kita untuk mempertikaikan undang-undang Allah. Baru-baru ini kita di sebarkan dengan pandangan Zainah Anwar yang merupakan Sister In Islam (SIS) yang dimuatkan di dalam media dengan mengatakan " No Hudud please..... we're Malaysian" (Kami tak mahu hukum Allah weh.... kami orang Malaysia).
Inilah yang dikatakan bila si Jahil dijadikan sandaran dan dibiarkan menutur kata-kata dalam kejahilan. Ketidak arifan pemimpin negara Umat Islam meletakkan hukum. Apa tindakan kalian apabila isu Hudud dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agamanya? Terang lagi bersuluh Iman dan keyakinan golongan yang jahil terhadap Allah Taala terlalu longgar.Golongan jahil ini lebih takutkan kehilangan harta dan kedudukan. Lebih jauh dari itu, golongan ini meletakkan matlamat dunia mengatasi segalanya. Justeru golongan ini cenderung ke arah skeptikal akan pelaksanaan undang-undang Allah Taala.
Sepertimana yang diketahui, hukum Hudud yang akan direalisasikan di Negeri Kelantan menjadi satu segmentasi model sekaligus mendidik semua orang.Daripada sandaran tersebut, Negeri Serambi Mekah telah mengadaptasikan kelangsungan Sistem Perundangan Islam. Ini membuktikan disana wujudnya pemimpin yang arif, taat kepada perintah Allah dan melaksanakan undang-undang Allah.
Semoga dengan usaha dalam merealisasikan undang-undang Islam ini akan melahirkan umat terbaik dan berkualiti tinggi yang tampil di tengah-tengah manusia dalam mengembangkan misi khalifatullah di bumi Malaysia sekaligus menuju tauhidul ummah.

No comments
Post a Comment