Kekejaman ke atas kaum Muslimin di Myanmar

engan bencana cyclone yang amat dahsyat yang telah melanda Myanmar beberapa hari yang lepas, saya ingin ambil kesempatan dari perhatian yang tertumpu kepada Myanmar waktu ini untuk menterjemahkan ke Bahasa Malaysia petikan dari sebuah buku "The Winter of Islam and the Spring to Come" oleh Harun Yahya yang menceritakan tentang kekejaman, kezaliman dan penindasan pemerintah-pemerintah Myanmar terhadap kaum Muslimin (Rohingya) sejak abad ke-18 hingga sekarang.

Dari petikan buku tersebut kita dapat mengamati betapa azab dan tertindasnya kaum Muslimin di kawasan Arakan di Myanmar itu. Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat yang sibuk membela golongan "Myanmar parliamen tarians in exile” dan menuntut dikembalikan demokrasi di Myanmar telah dari dulu hingga sekarang tidak mempedulikan langsung penindasan, kezaliman dan penderitaan yang dialami oleh kaum Muslimin di Myanmar.


Barat yang bangga-banggakan sikap perikemanusiaan mereka dan kononnya memperjuangkan hak asasi manusia telah diam membisu serta buat tak nampak kerana yang ditindas dan dizalimi di Arakan, Myanmar itu adalah umat Islam. Dan kaum Muslimin Myanmar yang menyelamatkan diri ke Bangladesh serta lain-lain negara berhampiran tidak pula diberi taraf dan perlindungan sebagai pelarian (refugee status) oleh masyarakat dunia. Mereka dibantu semampu mungkin oleh kerajaan Bangladesh yang miskin, dan secara ala kadar oleh kumpulan-kumpulan human rights.

Berikut petikan dari buku Harun Yahya bertajuk "The Winter of Islam and the Spring to Come" yang saya cuba terjemahkan ke Bahasa Malaysia. Untuk yang asal dalam Bahasa Inggeris sila ke laman web http://www.rohingya.org/index.php?option=com_content&task=view&id=101&Itemid=43

“Myanmar (dulu Burma) mempunyai bilangan rakyat seramai 48 juta, 15 peratus darinya terdiri dari kaum Muslimin (Rohingya). Umat Islam tinggal di wilayah Arakan. Arakan merupakan wilayah terkaya dari segi deposit minyak dan gas, dan penduduk di situ diIslamkan oleh pedagang-pedagang Arab. Arakan menjadi negara Islam pada tahun 1430. Negara Islam itu wujud selama 350 tahun, iaitu sehingga golongan agama Buddha menaklukki seluruh Burma pada tahun 1743 dan memulakan dasar penindasan dan pembunuhan umat Islam di Arakan. Burma menjadi jajahan British pada penghujung Abad ke-19.

Kempen anti-Islam yang berterusan oleh kaum Buddha meningkat momentumnya pada Abad ke-20, dan pembunuhan secara rambang oleh kaum Buddha ke atas umat Islam berlaku di Arakan pada tahun 1942 yang berkesudahan dengan lebih kurang 100,000 umat Islam dibunuh, sementara ratusan ribu lagi samada dilumpuhkan anggota atau terpaksa tinggalkan tanah air mereka.

Burma mendapat kemerdekaan dari penjajahan British pada tahun 1948. Kerajaan Myanmar selepas merdeka lebih tidak bertoleransi terhadap umat Islam. General Ne Win yang berfahaman komunis yang merampas kuasa pada tahun 1948 telah mengumpulkan segala sumber negara untuk menghapuskan Islam. Parti Sosialis Burma telah menggunakan bermacam cara untuk memaksa umat Islam murtad.

Rejim tentera di Myanmar memulakan perang besar-besaran terhadap kaum Muslimin. Masjid-masjid, imam-imam dan mereka yang kuat beramal di utamakan dalam serangan-serangan. Pelajar-pelajar Islam dipaksa mengikuti pendidikan Buddha di ibu negeri Arakan. Kaum Muslimah dibawa ke perkhemahan tentera di bawah helah untuk diberikan latihan professional, tetapi dirogol. Yang menggandung dipaksa mengahwini anggota tentera yang beragama Buddha. Kampong-kampong dan harta benda di musnahkan, rumah-rumah mereka dijadikan balai polis, yang memaksa mereka menghadapi kelaparan dan kemiskinan.
Umat Islam dilucutkan segala hak politik. Semua fasilitas pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat-tempat yang seumpama telah ditutup. Masjid-masjid dijadikan tempat-tempat hiburan atau kuil Buddha. Menunaikkan fardhu haji, korban, solat berjemaah dan lain-lain amalan agama Islam kesemuanya dilarang. Kerana menghadapi tekanan sedemkian ada umat Islam yang meninggalkan Burma. Walau pun berlaku migrasi tersebut, majoriti penduduk di Arakan masih terdiri dari yang beragama Islam. Oleh demikian Geneal Ne Win meningkatkan lagi tekanan dengan membuat penangkapan di luar undang-undang dan menyeksa tahanan-tahanan. Akibat dari kezaliman kerajaan tersebut, lebih dari sejuta umat Islam terpaksa lari keluar dari Burma. Untuk sembunyikan kezaliman yang dilakukan itu, kerajaan Burma telah menyekat kemasukkan para pemberita asing dan juga pelancung-pelancung.

Menurut laporan-laporan oraganisasi hak asasi manusia antarabangsa, lebih kurang 20,000 umat Islam di Arakan telah dibunuh oleh rejim yang kejam itu antara 1962 hingga 1984. Ratusan wanita Islam dirogol dan harta benda dirampas. Jentera penerangan kerajaan menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap Islam. Pada tahun 1978, serangan kekejaman pihak tentera memaksa lebih 200,000 umat Islam menyelamatkan diri ke Bangladesh dan tinggal dalam keadaan yang penuh azab. Mereka kembali ke Burma di bawah perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1990.

Setelah Ne Win meletak jawatan pada tahun 1988, terdapat beberapa pentadbiran tentera dan kerajaan awam, dan lebih dari 3,000 orang Islam terbunuh dalam pemberontakan yang berlaku. Pada tahun 1992 seramai 700 kaum minoriti Islam yang tinggal di kawasan sempadan dengan Bangladesh didapati mati lemas. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994.

Rogol dan siksaan ke atas kaum Muslimah di Myanmar masih terdapat dalam laporan-laporan kumpulan hak asasi manusia setiap tahun hingga ke sekarang ini. Walau pun begitu kerana sesuatu sebab, negara-negara Barat telah membisu dan tidak ambil peduli.

Satu masalah besar yang dihadapi rakyat beragama Islam yang tidak berupaya mempertahankan diri adalah kesukaran menghubungi dunia luar untuk mengadu hal. Ini adalah kerana kerajaan melarang orang asing memasukki Myanmar melalui laluan darat, dan walau pun dibenarkan masuk melalui udara, banyak kawasan ditutup kepada orang-orang asing. Oleh demikian adalah susah sekali untuk mengadu tentang kesengsaraan yang dialami oleh umat Islam di Myanmar.

Suatu lagi arus kekejaman telah berlaku pada tahun-tahun 1990an, dalam jangka waktu mana seramai 200,000 umat Islam menyelamatkan diri ke Bangladesh. Pelarian yang melarikan diri dari penindasan di Myanmar itu menghadapi beraneka dugaan. Bangladesh ada lah negara Islam yang miskin dan tidak mampu memberi makanan dan tempat tinggal kepada orang-orang pelarian itu, dan hanya membenarkan mereka masuk.

Semua kaum Muslimin perlu dengarkan rintihan memohon pertolongan dari orang Islam Arakan di Myanmar dan Bangladesh. Dalam Al Quran, Allah perintah manusia membantu yang miskin, dan yang diusir keluar dari tempat tinggal mereka serta yang memerlukan bantuan. Adalah tanggungjawab semua kaum Muslimin menyediakan kawasan di mana mereka yang terpaksa lari keluar dari Negara mereka boleh tinggal dengan sempurna, dan memberi kepada mereka sokongan dan kesayangan. Contoh-contoh mengenainya terdapat dalam Al Quran, yang mewahyukan sikap yang sewajarnya yang perlu diikuti oleh kaum Muslimin terhadap mereka yang dihambat keluar dari tanah halaman mereka”.

Diterjemahkan sebolehnya oleh:
Tarabulsi
7 Mei 2008

No comments

Powered by Blogger.