Parlimen bocor lagi.....lembab betul pak lah



KUALA LUMPUR: Bangunan Parlimen yang menjadi tempat ahli-ahli perundangan bersidang hari ini, bocor lagi walaupun selepas dibaik pulih beberapa kali sebelum ini.

Kebocoran berlaku selepas hujan lebat pada pukul 4.30 petang apabila air keluar dari saluran penyejuk udara di bahagian tepi dewan berhampiran kawasan lobi.

Ini memaksa kakitangan Parlimen segera menutup kawasan terbabit manakala kerja-kerja pembersihan segera dilakukan sambil petugas media sibuk mengambil gambar kejadian itu.

Ini merupakan kejadian ketiga sejak tahun lalu apabila kejadian pertama berlaku di bahagian bumbung Dewan Persidangan Dewan Rakyat manakala kejadian kedua di kawasan Bilik Media.

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Datuk Kamaruddin Baria berkata kebocoran kali ini merupakan sesuatu yang tidak disangka memandangkan tiada kebocoran berlaku walaupun berlaku hujan lebat sebelum ini.

"Sebelum ini hujan lebat, tak bocor. Tiga bulan yang lalu, banyak hujan tapi tak bocor. Kena tunggu JKR (Jabatan Kerja Raya) sebab mereka yang menyelenggara dan melakukan baik pulih," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kebocoran itu.

Kamaruddin berkata, JKR telah memaklumkan kepadanya sebelum ini bahawa kawasan bumbung bangunan Parlimen telah ditampal dengan bahan kalis air tetapi tidak tahu kenapa kebocoran berlaku kali ini.

"Mungkin selepas jurutera JKR memeriksanya, kita akan tahu apa puncanya," katanya.

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada ia masih dalam tempoh tanggungan oleh kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan sebelum ini.

Sementara itu, pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan supaya pihak JKR melihat kepada usaha memasang bahan kalis air sepenuhnya di kawasan bumbung Parlimen.

"Mereka perlu kaji perkara ini. Pada pandangan saya ini berkaitan dengan isu pemasangan bahan kalis air," katanya dan menurutnya beliau akan membangkitkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menganggap kejadian kali ini merupakan tamparan hebat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed yang pernah memberikan jaminan bahawa kebocoran tidak akan berlaku lagi di kawasan Parlimen.
BERNAMA

wat keja ke apa sebelum ni????????????bocor lagi

No comments

Powered by Blogger.