Orang Islam sendiri yang memperlekehkan Islam?


Dalam Utusan Online pada 3 hb Mei 2008, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan pada 5 Mei ini keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.


Gereja berkenaan mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut perisytiharan agar larangan Menteri Dlm Nrgeri dan Kjaan Msia bagi penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.




Dalam konteks ini, saya terbaca website Marina Mahathir didalam blognya pada 2 hb Februari 2008 dimana dia telah memperli tuntutan NGO NGO Islam didalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dibawah tajuk “The Taliban Demands” (Tuntutan puak Taliban) dengan meringkaskan sendiri kenyataan media tersebut kepada 6 perkara. Sambil menyindir dengan menyifatkan NGO Islam tersebut sebagai “our friendly neighbourhood mullah wannabes” dia meminta pengunjung blognya untuk memberikan komen. Lihat website ini (http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/02/taliban-demands.html)

Seorang pengunjung blog itu yang dikenali sebagai “Anonymous” telah merujuk kepada tuntutan NGO Islam tersebut berhbg “menolak usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan akidah umat Islam dengan pelbagai cara. Ini termasuklah dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus seperti “Allah”, “Ka’abah”, “Baitullah” dan “Solat”, yang telah digunapakai secara meluas oleh masyarakat Islam, untuk merujuk kepada konsep-konsep tertentu dalam agama bukan Islam”. Anonymous telah menyelitkan artikle yang ditulis oleh Farish Noor bertajuk “Worship by any other name” (http://www.othermalaysia.org) bagi pengunjung blog untuk menilai sendiri tuntutan NGO Islam itu.


Farish Noor adalah kolumis tetap sebuah akhbar berbahasa Inggeris dinegara ini dan dia juga adalah kolumis tetap majalah “Off The Edge” Terperanjat besar saya apabila membaca artikle yang ditulis Farish Noor yang berbangsa Melayu dan bernama seperti nama Islam itu. Beliau tidak faham mengapa orang Islam Malaysia mesti kecoh tuntutan ugama lain yang mahu menggunakan perkataan “Allah”. Menurut pemahamannya, perkataan Allah yang bermaksud “Tuhan” telah lama digunakan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam itu sendiri.


Ini diperkuatkan lagi dengan pengalamannya sendiri yg telah menghadiri satu “sermon sempena hari Krismas” ugama Kristian di sebuah gereja di negara Arab. Menurutnya, Coptic Pope telah memulakan upacara dengan perkataan “bismillah”. Dari artikle itu, dia juga seperti rasa bertuah kerana dapat mendengar sendiri sermon dari paderi itu (lihat susunan ayatnya) dan berasa begitu bangga sekali apabila diberi penghargaan duduk dibarisan depan agar dia boleh menghayati sepenuhnya setiap apa yang disampaikan.


Dengan memutar belitkan fakta sejarah, Farish Noor mengatakan bahawa orang Melayu sendiri telah memanggil tuhan sebagai “Dewata Mulia Raya” sewaktu mula mula memeluk Islam sehinggalah negara ini dikuasai oleh “Ayatollah yang keras kepala”. Menurutnya lagi, maka sejak itulah org Islam dinegara ini mula terikut ikut memanggil tuhan sbg “Tuhan yg Maha Esa” dan bukan lagi “Dewata Mulia Raya”. Itupun katanya, perkataan “Tuhan Yang Esa” itu berasal dari bahasa Sanskrit.

Dimana si Farish Noor ini mendapat toeri “separuh tiang” ini pun saya tak tahu! Malah banyak lagi apa yg ditulisnya itu mengarut dan seolah olah memperlekehkan ugama Islam. Bagaimanakah org Islam solat ketika itu agaknya jika tuhan disebut sbg Dewata Yang Mulia!!?


Berhubung dengan dakwaannya, bahawa perkataan Allah itu boleh digunakan sewenang wenangnya oleh ugama lain, sila rujuk kepada website ini (http://wapedia.mobi/ms/Allah) . Disini jelas menunjukkan perkataan Allah الله (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord.

Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. Perlu juga ditekankan disini, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata buat Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.

Perlu difahamkan bahawa Allah, Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi dan Nasrani.

Islam menolak penjelmaan Tuhan didalam rupabentuk manusia atau sesuatu apa jua pun. Tiada konsep individu terpilih atau bangsa terpilih dalam Islam. Setiap manusia, tanpa mengira apa-apa tercipta dengan keadaan fitrah sama adil. Yang membezakan darjat masing-masing pada sisi Allah adalah amal dan ketakwaan individu itu sendiri.

Persoalannya disini, bolehkah ugama Kristian (sepertimana contoh yg diberi Farish Noor) menggunakan perkataan Allah apabila merujuk kepada tuhan mereka diMalaysia? Pada pendapat saya, Tritunggal adalah merupakan doktrin dasar agama Kristian mengenai 3 peribadi asas tuhan mereka. Peribadi tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak Dan Tuhan Roh Kudus dan ketiga tiga peribadi ini menurut mereka membentuk Tuhan yang Maha Esa. Lihat web ini (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tritunggal)

Oleh yg demikian, dari segi istilah dan maksud perkataan Allah sbgmana yg dijelaskan diatas, adalah tidak wajar bagi Farish Noor sesuka hati mengatakan bahawa perkataan Allah itu boleh sewenang wenangnya digunakan diMalaysia bagi merujuk kepada “Tuhan” sebagai Allah dalam konteks makna perkataan seperti yg kita fahami itu. "

No comments

Powered by Blogger.