'Jangan layan mahasiswa dan pensyarah seperti budak sekolah' - Salahuddin
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diberi 'amaran' supaya tidak melayan secara sambil lewa segala tuntutan dan permintaan mahasiswa dan ahli akademik seperti pensyarah yang mahukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.
Salahudiin Ayub (PAS -Kubang Kerian) berkata kerajaan sewajarnya mengambil serius suara hati mahasiswa yang tidak mahu lagi dikongkong dan dibelengggu oleh Auku yang secara langsung 'membantut' usaha meningkatkan kecemerlangan mereka di menara gading.
"Jangan hanya bersifat 'exam oriented' semata-mata manakala sudut demokrasi dan politik di kesampingkan kerana itu adalah aspek yang juga ditekankan dalam pembelajaran di Universiti," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan daripada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) di luar Lobi Parlimen pagi tadi.
"Jangan melayan suara hati mahasiswa dna pensayarah seperti melayan budak sekolah rendah.Mereka ini adalah genarasi masa depan dan bakal pemimpin negara," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Malis GMMA, Shazni Munir kesal dengan pihak kerajaan yang seringkali mengabaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa khususnya yang melibatkan Auku yang menyekat kebebasan bersuara mereka selama ini.
"Kami merasa serik dengan janji-janji Kementerian yang ingin mengkaji semula AUKU yang sehinga kini tidak mendapat respon dan tindakan selanjutnya.
"Dan kami berharap agar isu ini di ketengah oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya matlamat mahasiswa."
Kata Salahuddin, kerajaan yang sentiasa mengutamakan asas demokrasi agar kekal terpelihara namun saranan itu mestilah disuburkan di tempat-tempat yang berprestij seperti Universti dan Kolej.
"Kita berajanji dengan mahasiswa bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan isu Auku ini sehinggalah ianya dimansuhkan oleh kerajaan," katanya kepada tiga orang perwakilan terbabit./wann.

No comments
Post a Comment