Hari pertama ikut pandangan Nurul Izzah
Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar mendakwa ahli parlimen parti Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara lebih 50 tahun bersikap remeh temeh dan kasar dari segi penyampaian dalam Dewan Rakyat.
Beliau mengharapkan suasana akan menjadi lebih baik untuk hari kedua dan seterusnya.
Ahli parlimen Lembah Pantai berusia 27 tahun itu berada awal pagi di Dewan Rakyat yang disiar secara langsung selama setengah jam melalui RTM1 dimana berlaku perdebatan hangat antara beberapa orang ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
"Kita kena banyak kesabaran, apa pun yang penting adalah bila saya sendiri membawa usul saya, Insyaallah kita pastikan 'second and third day' serta hari seterusnya akan lebih baik, itulah harapan," kata Nurul yang ditemui Agendadaily selepas sidang dewan ditangguhkan petang Rabu.
Nurul berkata, "secara peribadi saya sendiri akan bangun untuk memainkan isu yang relevan dan 'substantive' . Sebagai anak muda, saya harapkan selepas ini kita akan lihat satu perdebatan berkenaan isu-isu dan rang undang-undang yang benar-benar dapat mencerminkan hasrat rakyat dan lebih bermakna dari isu-isu kecil."
Diminta mengulas suasana hari pertama berada di Dewan Rakyat, Nurul menganggap selepas Pilihan Raya Umum ke 12 telah benar-benar mencerminkan satu perubahan pada pola politik dan pemerintahan BN sejak 50 tahun lalu.
Katanya, "saya bercakap bagi pihak generasi muda sememang merasakan kami memang meminta atau mengharapkan keterbukaan perbahasan yang lebih 'substantive ' dan pada masa yang sama saya juga memahami kekecewaan daripada pihak Pakatan Rakyat yang tidak diberi ruang sebelumnya."
Nurul juga berharap kesamarataan akan dipertimbangkan walaupun Pakatan Rakyat tidak memegang majoriti kerusi Parlimen.
"Sebagai contoh, kata Nurul, "pemilihan Speaker, semuanya diwakili oleh pihak kerajaan."
Beliau mahu mesej dalam PRU 12 terhadap BN diambilkira dengan harapan agar pihak pembangkang diberi layanan samarata.
"Saya ingin sebutkan iaitu mesej yang ingin disampaikan, 'we have been living under BN so many years, is very difficult to break the majority' dan sekarang bila sudah memecahkan majoriti itu kita mahu layanan yang saksama daripada badan Parlimen yang sebelum ini berpihak pada kerajaan." ujarnya.- 30/4/2008
No comments
Post a Comment