Kijang Care bantu mangsa taufan di Myanmar


ebuah badan bukan kerajaan (NGO) di sini, Kijang Care akan menghantar misi kemanusiaannya seramai enam orang bagi membantu mangsa taufan di Myanmar, 15 Mei ini.

Pengerusi Kijang Care, Datuk Husam Musa berkata, rombongan itu akan diketuai pegawai khasnya, Dr Rosli Alaani Abdul Kader membawa bantuan sejumlah RM70,000.

Ketika ditemui selepas majlis perasmian Homestay Kampung Pantai Mek Mas, hari ini katanya bantuan berkenaan turut disumbangan beberapa pihak lagi.

�Kita juga memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan melalui Kijang Care boleh berbuat demikian sekarang,� ujarnya.

Menurut Husam sumbangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa di Myanmar untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa taufan.

�Bencana alam yang menimpa Myanmar menyebabkan ramai rakyat menjadi korban, hilang tempat tinggal dan ia begitu dhaif sekali untuk dilihat,� katanya.

Beliau berkata, rombongan berkenaan dijangka berada di negara tersebut selama tiga hari bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Pada kejadian taufan Nargis yang melanda Delta Irawaddy dan bekas ibu negara junta tentera itu Ahad lalu, menyebabkan puluhan ribu rakyat menjadi mangsa.

Antara wilayah yang terjejas teruk iaitu Yangon, Ayeyawaddy dan Pulau Haing Gyi di barat daya negara terbabit. - mj

No comments

Powered by Blogger.