Bila kalah...wang pun terhad


''Wang kita terhad dan kita bukan ada wang yang boleh digunakan pada bila-bila masa atau tanpa had. Semua ada hadnya. Oleh itu apabila kita menggunakan peruntukan RM4 bilion kerajaan terpaksa membuat pengagihan semula," katanya.

Itulah kata Imam Hadari yang dah kurang laku apabila ditanya tentang penangguhan beberapa projek mega yang diilhamkannya dalam RMK 9.

Seingat aku dulu sewaktu masih menang dia kata kita ada duit banyak dan cukup untuk menampung semua projek yang dilancarkannya termasuk bermacam-macam koridor yang tak berbumbung termasuk juga rancangan super mega Iskandar Malaysia.

Semua projek yang dilancarkan berjumlah lebih 700 billion tetapi sekarang bila pakai baru 4 billion iaitu lebih kurang 0.5 %, dia kata duit dah takdak....

Ini yang peliknya Dolah Hadari ini. Tak tau cari duit tapi pandai perabih duit. Awat duit takdak sekarang ni sedangkan dulu hang kata banyak dan mampu laksanakan semua projek mega.?

Takkan bila dah kalah duit pun dah habis. Masa menang dulu duit mai mana? Jawapan senang saja, masa menang sapu duit KWSP yang ratusan billion. Bila kalah nak sapu duit KWSP kena berhati-hatilah sikit sebab pembangkang banyak nak bersuara. Dulu sapu berapa billion pun yang ada dalam parlimen semua pak angguk, kira semua oklah sebab yang angguk tu semua dapat habuan.

Itulah untungnya undi pembangkang. Puak-puak BN yang korup termasuk Dolah boleh ditelanjangkan dan boleh dikurangkan ego dan kesombongan mereka. Baru sekarang mereka fikir tentang ketuanan Melayu dan kononnya nak bantu simiskin. Baru sekarang cerita tentang miskin sifar dan macam-macam projek untuk rakyat.

Lepaih ni jangan takut nak undi pembangkang kerana bila undi pembangkang, UMNO pun dah buat baik kepda yang susah.

Teruskan undi pembangkan di PRU akan datang...

Syabas pengundi PR.. Anda semua bijak dan lebih bijak dari Mahathir yang hanya layak menjadi penjual rojak...

No comments

Powered by Blogger.