UmNOOOOOO......dah takut..


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjangka pembangkang akan menyerang 'habis-habisan' negeri Johor - kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) - dalam pilihanraya umum akan datang.

"Jagalah negeri Johor ini kerana ia (Johor) akan diserang habis-habisan oleh lawan dalam pilihanraya akan datang.

"PAS telahpun menembusi kubu kuat orang Melayu ini dengan menang dua kerusi DUN (Sungai Abong dan Maharani)," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan empat kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai dan Sekudai. Kerusi parlimen tunggal itu diemanangi oleh DAP di Bakri.

Beliau mengingatkan demikian di majlis ceramah dan dialog bertajuk "Mengembalikan Kerelevanan Umno Di Hati Umat Melayu" anjuran Pemuda dan Wanita Umno Cawangan Bandar Bahagian Batu Pahat semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata selepas kejayaan memenangi Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah dan mempertahankan Kelantan, pembangkang akan memperhebatkan "serangan" untuk menguasai lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Tengku Razaleigh berkata kekalahan BN terutamanya di tiga buah negeri yang disifatkan sebagai "kaya" seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan turut memberikan kesan terhadap keseluruhan pentadbiran kerajaan pusat.

Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran Umno itu, yang kini berkuasa di lima buah negeri akan cuba memalukan Umno dan BN menerusi siri pendedahan tentang kesilapan yang dilakukan sebelum ini oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh BN.

Katanya kerajaan negeri terlibat yang kini dikuasai pembangkang sedang berusaha untuk mencungkil dan menggali segala kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri BN terdahulu.

Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, Umno mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi tindakan oleh parti pembangkang itu.


jagalah elok-elok...apabila tuhan mengatakan DIA akan memberi kepada kerajaan yang patut..maka benda ini mungkin terjadi...selagi UMNOOOO masih dengan dasar wang,kekuasaan,pangkat...selagi itu UMNOOO akan menuju kehancuran..............

No comments

Powered by Blogger.