Dr Mahathir sertai blog atas permintaan ramai


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyertai dunia blog di atas permintaan orang ramai.

"Depa (mereka) nak saya buat, saya buatlah," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau berkata selain daripada dapat menyampaikan pandangannya mengenai sesuatu isu melalui blognya, beliau juga menerima kritikan terhadap pandangannya itu.

"Banyak sangat. Tak larat nak tengok semua komen," katanya ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai terhadap blognya itu.

Dr Mahathir memulakan blognya www.chedet.com tengah hari semalam dan sudah menerima 10,000 pelawat setakat 5 petang semalam

No comments

Powered by Blogger.