apabila malaysia di jajah!!!! mana pemimpin kita?
Dahulu negara kita hanya mempunyai 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Sekarang tambah lagi 10 = 13
10 = Indonesia, Bangla, Burma, Nepal, Vietnam, Thailand, China, India, Philipina, Pakistan. Tetapi mungkin lebih lagi.
Sebelum ini rakyat Malaysia sahaja yang pandai kerja 'part time' tetapi sekarang pekerja asing lagi hebat buat 'part time' iaitu mencuri, merompak, merogol dan membunuh. Kalau soal 'overtime' memang dah lama mereka lebih hebat dari kita.
Kalau dah begitu macam mana jenayah hendak dibendung? Dulu Polis DiRaja Malaysia(PDRM) hanya menjaga 3 bangsa utama dinegara ini tetapi sekarang mereka terpaksa menjaga 13 dan mungkin lebih. Itu belum termasuk para pelancung asing yang begitu mudah masuk negara kita yang terdiri dari berbagai negara seperti Arab, Eropah, Asia, Afrika dan Amerika.
Bila sebut soal kemasukan pelancung asing kenegara kita, saya kerap juga berbaris untuk urusan Imigration di Lapangan Terbang. Jarang saya perhatikan pihak Imigration kita menyoal siasat dengan lebih lama dan lebih terperinci terhadap seseorang pelancung asing. Tengok passport....chop...jalan !
Sedangkan jika kita pergi melawat sesetengah negara, nak dapat lepas pemeriksaan imigration mereka cukup susah sekali. Habis semua mereka akan soal siasat kita.....mana tiket balik, berapa hari tinggal disini, datang dengan siapa, atas urusan apa, tinggal dimana. Jika kita beritahu akan tinggal di hotel tertentu sila tunjukkan 'bukti'. Nasib baik saya dah buat 'prepaid' dengan hotel Holiday Villa London, cuma tunjukan sahaja kertas yang saya telah cetak(print) itu.
Letih kena soal siasat kat Heathrow. Nasib baik pegawai imigration itu perempuan lawa pulak tu. Akhir sekali mungkin dia lihat saya ini seorang yang 'jujur dan ikhlas' maka sebelum dia benarkan saya masuk dia beri saya senyuman manis, menawan dan menggoda pada saya! Saya pun apa lagi balas lah sikit senyuman diktator yang handsome kepada dia tu.
Kata orang jika masuk susah mesti keluar senang. Tetapi jika masuk senang mesti keluar susah. Apa yang berlaku dinegara kita sekarang, saya rasa 'masuk senang keluar susah'? Maka tidak hairanlah jenayah yang melibatkan warga asing semakin serius berlaku dinegara kita. Malah disesetengah tempat kita rakyat Malaysia merasa takut kepada warga asing. Kenapa jadi begitu...anda tanya Demokrasi?
1 comment
Assalamualaikum,
Kesemua permasalahan yang berlaku itu hanya untuk rakyat bawahan seperti kita sahaja yang merasa,ada ker pemimpin2 yang 'dipilih'oleh rakyat itu sesungguhnya sama jugak merasa seperti apa yang dirasa?
Ada ker mereka merasa rungsing dengan kenaikan harga barang yang tak terkawal?
Ada ker mereka merasa rungsing dengan limpahan pendatang asing yang tidak terkawal?
Ada ker mereka rungsing dengan kadar jenayah yang terus meningkat?
Yang mereka rungsingkan hanyalah berfikir bagaimana lagi dapat menambahkan kekayaan dan kuasa
dan kemudian mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka lah pemimpin yang berjiwa rakyat
Alahai,betapa lama dan panjangnya penipuan seperti itu terus berlaku semenjak dari zaman Hang Tuah lagi
Post a Comment