Beras Hilang Dalam 'Tali Perut' Umno


Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ditubuhkan pada 1971 sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Objektif penubuhannya adalah untuk mengekalkan kestabilan dan kesaksamaan harga untuk pesawah dan juga pengguna. Dalam masa yang sama LPN juga ditugaskan untuk menguruskan stok pengimbal bagi menghadapi saat-saat krisis bekalan.

Dikatakan semasa hayatnya, LPN berjaya mencapai margin keuntungan 20% dan dalam masa yang sama berjaya mengekalkan kecukupan stok pengimbal. Ia menggunakan keuntungan dari monopoli import beras yang dimilikinya untuk disalurkan sebagai subsidi stok pengimbal yang boleh bertahan antara 3 hingga 6 bulan jumlah keperluan beras domestik.

selanjutnye....

No comments

Powered by Blogger.