MB Kelantan, Presiden PAS sampaikan ceramah di Kelang 19 Mei ini


iga pimpinan utama PAS iaitu, Mursyidul Amnya yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden, Dato' Seri Haji Hadi Awang dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Hassan Ali serta Ahli Parlimen Kelang Charles Santiago akan hadir dalam ceramah Perdana sempena Ijtimak PAS Negeri Selangor ke 18, yang akan diadakan 19 Mei ini.

Ceramah tersebut akan diadakan di Komplek Sukan Pandamaran, Kelang dekat sini.

Program tersebut akan dimulakan dengan solat Isya berjemaah.

Sementara itu, menurut penganjur, Ijtimak diadakan di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang, hari berkenaan.

Sehubungan itu bagi memeriahkan majlis, seluruh rakyat dijemput hadir

No comments

Powered by Blogger.