mengaku lebih baik....

Penyanyi Faizal Tahir menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tetapi pada masa sama sedih kerana ada perkataan yang dikeluarkan itu mengguris hati keluarganya.

“Saya menganggap komen itu positif sebab beliau adalah mufti. Sudah pasti beliau mahu yang terbaik untuk rakyat Perlis,” kata naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM) itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pada masa depan, mereka yang ingin menegur atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perilakunya turut memikirkan kesannya kepada keluarga dan mereka di sekeliling beliau.



“Kenyataan sebegini turut memberi kesan kepada keluarga termasuk isteri dan dua anak serta ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui Berita Minggu pada sesi latihan Anugerah Industri Muzik (AIM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

more....

No comments

Powered by Blogger.