MB PERAK KEBANGGAAN KITA


MB Perak Akan Mengadap Sultan Perak, Serah Watikah Mohon Ampun

Bernama - "Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak. Saya akan memohon mengadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin," katanya kepada Bernama menerusi satu kenyataan di sini Sabtu.

Sementara itu, Datuk Jamry Sury ketika dihubungi Bernama, berkata beliau masih belum menerima sebarang keputusan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengenai kedudukannya sebagai Pengarah Jaip berikutan titah Sultan Azlan Shah semalam yang mahukan beliau mengekalkan jawatannya.

Jamry, yang dijangka mengadap Sultan Azlan Shah pada Selasa ini mengenai perkara itu, berkata: "Setakat ini saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas mendapat nasihat daripada pihak istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Saya amat menghormati titah Sultan Perak (semalam). Setakat ini keputusan belum pasti lagi dan belum ada apa-apa lagi," katanya.

Jamry, yang bertugas sebagai pengarah Jaip sejak tahun 2004, diarah bertukar dengan serta merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas oleh Mohammad Nizar pada 29 April kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Semalam, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran itu yang dibuat Selasa lepas.

Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk mengadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada 11 pagi semalam untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry.


SYABAS DATUL SERI NIZAR.....INI DIKATAKAN PEMIMPIN YANG BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.....TAK SAMA MACAM PEMIMPIN HAPRAK UmNoooooooo....KAMI HORMAT DATUK SERI!!!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.