MB Perak Mesti Minta Maaf Dengan Sultan Perak


Semua belajar dan MB pun mesti belajar. Bukan senang nak perintah negeri inikan pula negara. Jika MB membuat silap cepat cepat minta maaf . Disamping itu pastikan orang yang menasihat orang yang arif dan amanah dan bijaksana. Arif itu berilmu, amanah itu tidak mempunyai niat menipu, bijaksana itu penuh hikmah dan diplomasi. Ini semua adalah proses pembelajaran seumur hidup.

Mungkin peringkat awal berkuasa, MB di tabur dengan bunga kepujian namun jangan lah satu kesilapan atau mungkin sepuluh kesilapan menghilangkan mood MB untuk menjadi pemimpin yang islamik dan bijaksana, berhemah dan berterampilan. pemimpin yang baik tidak rosak dengan pujian dan kritikan.

Dalam hal pemecatan pegawai hal-ehwal pentadbiran agama Datuk Jamry Sury, ianya perlu kepada restu Sultan Perak kerana hal-ehwal pentadbiran agama berada di bawah bidang kuasa Sultan. Mungkin si Jamry ini kurang sopan dan tidak menghormati keputusan rakyat yang memilih kerajaan baru namun semua prodedure mesti di halusi sebelum sesuatu drastik di ambil. Kalau boleh di ajar , teruslah di ajar dan dibelai Manusia ini kadang kadang lebih keras dari ' piling rod'. kalau piling rod kalau degil terus di ketuk dengan jentera namun manusia apabila di ketuk bertambah angkuh nya. Maka mungkin nasihat. berkawan , bertamu dan berhemah akan menyedarkan mereka mereka ini. Selamat bertugas MB."

kerabu..ini mungkin ada hikmah yang berguna kepada DS nizar...malah akan memberi semangat yang lebih kuat buat nizar....teguhkan pegangan dan keimanan...

No comments

Powered by Blogger.