jangan di layan parti yang tengah tenat...


Menteri Besar Perak Berdiam Diri Mengenai Isu Karpal Singh

IPOH, 8 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengambil sikap berdiam diri tanpa menyatakan sebarang pendirian terhadap sikap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dianggap biadap mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

"Tiada komen, tiada komen" kata Mohammad Nizar kepada pemberita hari Khamis berhubung isu itu.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Walaupun menerima desakan daripada pemberita mengenai soalan itu, beliau tetap tidak memberikan sebarang komen dan dilihat seolah-olah tidak mahu terjebak dalam isu berkenaan.

Semalam, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meminta Menteri Besar menyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap sikap Pengerusi DAP itu.

Katanya seluruh rakyat yang menghormati institusi raja terluka dengan sikap Karpal itu terhadap Sultan yang pernah menyumbangkan jasa besar dalam perundangan negara dan disegani seluruh masyarakat.

Dalam pada itu, Mohammad Nizar berkata beliau belum mendapat perkenan daripada Sultan untuk mengadap dan menyerahkan watikah memohon ampun berhubung tindakannya membelakangkan baginda ketika mengarahkan pertukaran Pengarah JAIP.

"Saya belum mendapat perkenan untuk mengadap baginda dan tarikhnya juga belum ditetapkan," katanya.

No comments

Powered by Blogger.