Isteri: Raja Petra enggan jumpa sesiapa

dari mso


Pengendali Malaysia Today - yang kini ditahan kerana enggan membayar ikatjamin - enggan untuk berjumpa dengan sesiapa pun, termasuk isterinya, Marina Lee Abdullah.

Ketika dihubungi pagi ini, Marina berkata, beliau pergi ke penjara Sungai Buloh untuk menemui Raja Petra dan untuk bertanya sama ada beliau mahu ikatjamin dibayar hari ini

raja petra and judiciary court law"Pegawai di kaunter pendaftaran memberitahu saya bahawa

suami saya enggan menemui sesiapapun termasuk saya," katanya kepada Malaysiakini.

Marina berkata, beliau berkeras mahu menemui timbalan warden untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kini masih menunggu di sana.

Semalam, Raja Petra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung satu artikel yang ditulis dalam lamanwebnya itu.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel yang berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kesnya ditetapkan didengar pada 6 hingga 10 Oktober dan dibenarkan ikatjamin RM5,000,

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin itu dan ditahan di pusat remah Kuala Lumpur.

No comments

Powered by Blogger.