Mokhzani umum keluar Umno

Mokhzani umum keluar Umno
Harakahdaily
Wed | May 21, 08 | 12:01:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato' Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar dari Umno pagi ini, dua hari selepas bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti tersebut.

Beliau bukan sahaja aktif dalam Umno, malah pernah memegang jawatan sebagai bekas bendahari pemuda Umno.

Anak kedua bekas Perdana Menteri itu pernah disenaraikan di tangga ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia pada 2007 oleh majalah Forbes.

Mokhzani juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, semalam Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibu negara lewat petang semalam.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno. - mks.

1 comment

kulatlapok said...

Salam semua untuk Bangsa MELAYU dan Rakyat Malaysia.

Sekarang ini kita dimomokkan sebuah sandiwara anak-anak wayang UMNO yang merepek-repek dari hal memperjuangkan hak Istana hinggaLAH kepada Ketuanan MELAYU.

Maka lalu bermadah punjanga si pelakon "Jangan ragu jangan bimbang, keris kuhunus untuk bangsa MELAYU ku yang terbilang, pantang dicabar dipersilakan ke gelanggang"

Nah!! mari kita saksikan siapa sekarang digelanggang. Dua keluarga bangsawan Melayu sedang berperang. Masing-masing kononnya untuk kemenangan bangsanya yang gemilang.

Maka bertarunglah kedua keluarga bangsawan yang berjiran berdekatan dari utara Seri Mahawangsa. Bertarunglah bangsaku yang bernama MELAYU. Bertarunglah sepuas-puasnya sambil menegakkan benang yang basah.

Tapi sayang, pertarungan bangsaku hanya disaksikan oleh bangsa yang lain. Mereka pasti riuh gempita bertepuk tangan. Supaya MELAYU akan HILANG HAK KEISTIMEWAANNYA di bumi tersayang.

ohh!! HANG TUAH kiranya tuan hamba masih ada, LIHATLAH MELAYU TAKKAN HILANG DIDUNIA TETAPI AKHIRNYA HILANG DIBUMI SENDIRI.

Powered by Blogger.