Taki 1 - Hadi 0 ...adakah pas kelantan berbaloh???


Semalam, sempurnalah insubordination atau keingkaran PAS Kelantan terhadap keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang disampaikan melalui surat yang ditandatangani oleh Tok Guru Presiden PAS. Surat tersebut meminta supaya Rusli Ibrahim dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Rusli tidak dilantik kerana nama beliau tidak tersenarai dalam senarai yang disediakan oleh Takiyuddin Hassan. Khabarnya, dosa besar yang dilakukan oleh Rusli sehingga menyebabkan beliau tidak tersenarai ialah kerana beliau dilihat sebagai orang Haji Husam Musa.

Husam pula khabarnya "tak bicara dah" (tak peduli dah) soal negeri Kelantan. Apabila para penyokong mengadu tentang peminggiran yang dikenakan ke atas mereka, beliau khabarnya dilaporkan oleh sumber sebagai berkata, "biarlah".

Jawapan Husam itu khabarnya sama dengan jawapan Tok Guru Presiden bila seorang pemimpin kanan mengadu kepadanya tentang insubordination PAS Kelantan itu. "Biarlah," Tok Guru khjabarnya menjawab begitu.

Sebenarnya usaha peminggiran terhadap Husam dan para penyokongnya telah bermula sejak sebelum muktamar PAS di Dewan Putik, Pengkalan Chepa 1 hingga 3 Jun tahun lalu. Muktamar itu juga menyaksikan orang kuat Takiyuddin, Abdul Razak Abas yang pernah dituduh selak kain dalam pilihan raya kecil Anak Bukit berjaya menjalan peranannya. Sila baca laporan dalam Laman Marhaen yang disalin di sini.



Walaupun sebelum itu dihebohkan usaha hendak "membunuh" Husam dalam muktamar itu, tetapi perkara itu kelihatan tidak dapat disempurnakan apabila Husam dipilih sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi. Pada masa yang sama, untuk kali pertama, Takiyuddin juga dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Terima kasih kepada kerja kuat Razak Abas.

Selepas muktamar itu, apabila Pesuruhjaya PAS negeri-negeri dipilih dan Tok Guru Mursyidul Am sekali lagi diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Kelantan, beliau akhirnya memanggil mesyuarat perhubungan negeri yang pertama. Sebaik sahaja mesyuarat itu akan diadakan, seorang pemimpin PAS yang dilihat bimbang kedudukannya digugat oleh Husam dan seorang pemimpin veteran dari negeri berjiran khabarnya berkejar ke Kota Bharu mencari Tok Guru.

Ada yang mendakwa mereka bertindak demikian untuk memastikan pengaruh Husam dalam Perhubungan Kelantan dikudungkan habis-habisan. Tidak diketahui sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Apa yang berlaku selepas itu telah dilihat sebagai kejayaan proses mengkudungkan pengaruh Husam di dalam badan itu. Husam kalah, Takiyuddin menang. 1 - 0.

Menjelang pilihan raya, Takiyuddin dihebohkan akan bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau dikatakan sangat tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut sehingga menyatakan hatinya terluka kepada Tok Guru. Selepas itu, rakyat dalam kawasan Dun Bunut Payung telah menghantar memorandum dan memasang banner kerana mahukan Takiyuddin (lihat posting saya bertajuk "Bedan tak salah" dan laporan Zubaidah Abu Bakar bertajuk "Dissatisfaction delays naming of candidates" itu jugalah yang menyebabkan saya malas lagi nak simpan cerita tentang PAS Kelantan).

Pihak yang tidak berpuas hati mempertikaikan senarai calon yang dikatakan disediakan oleh Husam. Pihak pro-Husam pula menyatakan senarai itu disediakan oleh badan khas yang telah dilantik untuk membuat kajian mengenai perkara itu. Pihak yang tidak berpuas hati pula menyifatkan badan itu tidak bebas dari pengaruh Husam.

Akhirnya bukan sahaja Taki berjaya mengekalkan kedudukan selesanya di Bunut Payung malah Husam sendiri dihalau dari Dun Kijang kerana beliau "orang luar". Beliau "balik kampung" di Kubang Kerian dan bertanding di Dun Salor. Husam kalah, Takiyuddin menang. 2 - 0.

Sebaik sahaja selepas pilihan raya, dalam satu pertemuan di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Takiyuddin cepat-cepat meminta Tok Guru mengisytiharkan Ustaz Ahmad Yakob sebagai Timbalan Menteri Besar. Tidak ada salahnya Ahmad menjadi timbalan. Tetapi yang dihebohkan ialah apa yang disifatkan sebagai permainan tersebut. Pelbagai perkara yang berlaku selepas itu tersebar luas kepada umum, terutama di Kelantan.



Takiyuddin juga menghulurkan senarai kepada Tok Guru. Ada nama yang tidak tersenarai. Selepas itu, keluarlah berita Malaysiakini bertajuk "Nasib Husam jadi tanda tanya". Sila baca juga posting Waejo bertajuk "Tak tergamak nak tanya…"



Akhirnya, nama Husam tersenarai juga dalam barisan Exco Kelantan. Apa pun, Husam semakin terpinggir dan semakin tak peduli dengan apa yang berlaku. Kalau orang tanya, jawapan standard beliau ialah "biarlah". Scoreboard memperlihatkan kemenangan Takiyuddin semakin besar. Husam kalah, Takiyuddin menang. 3 - 0.

Pada malam majlis angkat sumpah Exco di istana, Sultan khabarnya bertanya Tok Guru mengenai Rusli. Tok Guru khabarnya memberitahu Sultan bahawa Rusli akan dilantik sebagai Speaker. Sultan dikatakan senang dengan apa yang didengarnya.

Tiba-tiba tak jadi sebab nama Rusli tidak ada dalam senarai Takiyuddin. Tak kiralah sama ada Tok Guru dah sebut kepada Sultan atau tidak. Apabila keadaan menjadi "gege", Sultan panggil Takiyuddin menghadap. Tetapi Takiyuddin bukan calang-calang ahli politik.

Khabarnya, mengenai balak, sumber itu mendakwa Takiyuddin lebih banyak mendengar kemurkaan Sultan tanpa banyak menjawab. Mengenai perlantikan Speaker pula, sahabat karib Razak Abas itu menisbahkan perkara itu kepada Tok Guru.

Akhirnya, bila tiba perlantikan Exco, perancangan Takiyuddin bersama Razak Abas menjadi kenyataan. Husam kalah, Takiyuddin menang. 3 - 0.

Silap tu, tak betul tu. Tok Guru Presiden kalah, Takiyuddin menang. Taki 1 - Hadi 0.

(Oleh kerana nanti ada pula yang kenakan hukuman qazaf kepada saya kerana membawa berita palsu, izinkan saya nyatakan bahawa semua maklumat telah saya cuba sahkan. Jika saya tak dapat sahkan sedangkan maklumat tersebut diberikan oleh pihak yang selama ini memberikan maklumat yang tepat, saya pastikan ada perkataan "khabarnya" sebelum menulis maklumat itu, melainkan terlupa. Untuk membuat perbandingan supaya anda mendapat maklumat dari pelbagai sumber, sila baca yang berkaitan

No comments

Powered by Blogger.