Mari bersama Pakatan Rakyat

Assalamualaikum wrt wbth

Telah membaca banyak rencana atau tulisan di dalam blog tentang kemungkinan lompat dari AP Sabah dan AP Sarawak bahkan AP Semenanjung juga bagi mencukupkan minimum 30 kerusi lagi untuk majoriti mudah PR memerintah negara.

Ramai yang memberi komen pro dan kontranya. Tidak beretika, bila lagi, kenapa lambat sangat, tunggu dulu sabar PRU13 masih ada dan seumpamanya.



Kami masih ingat dengan sangat jelas apa yang disarankan oleh Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang, Presiden PAS ketika berceramah - himpunan besar ~ 30,000 orang di Stadium Malawati tempoh hari. "Marilah bersama-sama Pakatan Rakyat" - saya yang hanya bersekolah Politik Jalan Sukepi Jenjarom yang tidak mencapai taraf 3 Bintang pun sangat faham dan boleh menterjemah maksud saranan itu dengan pelbagai makna. Tidak pun terhad kepada masa selepas PRU12 atau nanti PRU13 dan PRU akan datang.

Kenapa penulis-penulis yang mahu menulis tidak pintar menterjemah ajakan itu dan membuat "kerja" yang selayaknya. Orang mahu "beriman" (pinjam istilah) boleh kah dibenarkan dan tunggu esok. Jika hari ini lebih baik jalan terus hari ini, jika tangguh ada kebaikan tangguhlah - tapi kerja bertangguh bertangguh tidak bertahan tuan!
Ini paling terbaru yang dibaca;


Pendapat Usaha Anwar Memujuk Member Parliament Sabah Srawak Lompat Parti Tidak berETIKA

Kiriman ahmadhadeed


Sampai membanding AKP di Turkey, bukankah amat lebih adil jika mahu membanding di Zaman Rasulullah SAW ketika memerintah Yathrib (Madinah) hanya terdapat sekitar ~ 30 peratus sahaja orang Islam (minoriti) siapa yang mahu menolak SEJARAH ini. Y.B. DSTGHAHA sudah pasti telah mengambil kira semua tindakan yang boleh memberi peluang dan makna sebagai kelincahan berpolitik @ bersiasah.


Kita "belum" mampu membayar "hutang" Sdr LKS dan Sdr KS ..................tiba-tiba muncul anak 'cilik' Johor mahu "membayar" "hutang". Di sinilah kita sangat memerlukan kebijaksanaan taraf tinggi bagi mengurus perkara sensitif dan merbahaya.


Di sinilah kita mesti mengumpul 'think-tank' yang berotak rajin dan radikal kadang-kadang. Orang lama parti-orang yang mahu berpijak-down to earth dan sangat memahami realiti semasa.


Kenapa muncul anak cilik itu - ada kena mengena dengan enjin slow sedangkan pemandu bersedia laju. YAB DSHIrAN bagi saya adalah cekap pantas dan laju dan ini memang nyata anugerah dari "langit" - sehingga telah ada yang mencadangkan menjadi calon TimbPres!


Antara persoalan lain "kepintaran" yang dimiliki oleh YB HjHM yang diturunkan dari Parlimen ada "kelemahan strategi" apabila hanya diberi menjadi EXCO, sepatutnya menjadi TMB atau dikekalkan terus di Parlimen - ini bagi saya antara "kelemahan" perancangan. Ini adalah "sebagai" Naib Presiden yang tidak diberi cukup pengiktirafan. Amat malang - dengki atau apa ni?

No comments

Powered by Blogger.