jawapan balas untuk pak lah!!~malaysiakini

Persoalan samada wajar atau tidak Tun Dr. Mahathir membuat teguran dan kenyataan tertentu mengenai pra-pencalonan pemimpin yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti tidak sepatutnya timbul. Jika diperhalusi, pengalaman mendalam dan teliti beliau memimpin dan membangunkan parti selama lebih 22 tahun wajar menjadi sandaran untuk apa apa pertimbangan strategik terutama bila bercakap mengenai memilih pemimpin. Ikhtibar UMNO tersalah memilih Kepimpinan tidak wajar diulang lagi.

Mereka yang hari ini, menawarkan diri untuk jawatan utama, termasuk Timbalan Presiden merupakan pemimpin yang membangun dari zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir lagi. Perkembangan mereka, dari peringkat bawah sehingga diberikan ‘peluang pertama’ (first big break) dalam politik dan kedudukan mereka hari ini, berkait rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Oleh itu, sebagai ‘pembangun’ mereka, pandangan Tun Dr. Mahathir begitu berharga bagi ahli akar umbi UMNO tentukan antara pemimpin UMNO, mana kaca dan yang mana permata.

Dalam 22 tahun beliau memimpin UMNO dan negara, terlalu banyak episod ‘naik-turun’ (roller coaster) yang beliau tempuh. Yang nyatanya, selama berliau bersara pada 31 Oktober 2003, UMNO diletakan dalam keadaan begitu kukuh, kedudukan kewangan yang amat baik dan persada politik yang begitu tinggi. Keadaan ini yang membolehkan BN menang besar dan mencapai rekod dalam Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004. Namun begitu, dalam tempoh singkat empat tahun sahaja BN juga mencapai rekod paling buruk kalah di 5 + 1 negeri pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua negeri.

Formula kejayaan 22 tahun UMNO dan negara membangun dan maju terletak dalam minda dan sanubari Negarawan berusia 83 tahun itu. Oleh demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun, pandangan dan kritikan beliau amatlah berharga untuk menentukan UMNO dan negara maju kearah yang betul.

Hari ini, amat penting UMNO diletakan kelandasan yang betul, untuk kesinambungan penerimaan dan sokongan kepada parti nasionalis yang begitu signifikan mencorakan negara sehingga saat ini. Lebih lebih lagi, persepsi golongan generasi muda dan pelapis keatas UMNO perlu diperbetulkan. Oleh demikian, susunan calon calon yang wajar ahli akar umbi UMNO tentukan sebagai pemimpin mereka perlu diperhalusi dengan teliti. Inilah peranan dimana pemikiran seorang yang begitu berpengalaman mentadbir, mengurus dan membangunkan parti dan negara wajar diambil kira secara serious dan sebaliknya bukan dibidas.

UMNO perlu dilihat sebagai “berani berubah” dan tidak mewarisi legasi seorang pemimpin yang hampir membawa UMNO kepada keadaan bankrap. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan Presiden UMNO yang wajar direkod dalam sejarah sebagai Kepimpinan yang paling meninggakan kesan negatif kepada parti. Oleh demikian, mereka yang dilihat sebagai berpotensi untuk menyambung legasi negatif dan kehancuran keatas UMNO wajar tidak diberikan peluang lagi untuk memimpin UMNO. Masa inilah peranan pandangan dan kritikan Tun Dr. Mahathir yang paling berharga sekali, tatkala UMNO berada dipersimpangan yang paling getir dalam sejarah 62 tahun mewakili aspirasi orang Melayu.

Peranan media perdana membawa mesej sebenar dan konteks yang jelas dan tepat apa apa pandangan, kenyataan, kritikan dan cadangan Tun Dr. Mahathir sebenarnya amat penting dalam memberikan perspektif jelas keadaan. Sering kali, ianya di’putar belit’kan (spin) untuk memberikan gambaran yang terpesong dan merupakan sesuatu yang buruk kepada UMNO, walhal sebenarnya ia merupakan sesuatu yang wajar menjadi asset berharga untuk dipertimbangkan.

Dalam pada itu, soal Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin, yang juga calon favourite Timbalan Presiden membuat kenyataan untuk mempercepatkan proses ‘Peralihan Kuasa’ dan/atau PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur seberapa segera sebenarnya tidak patut timbul. Ini kerana kenyataan sebenar Tan Sri Muhyiddin (bukan sebagaimana dispin Riong Kali) ialah proses menangguhkan pemilihan dari Disember 2008 kepada Mac 2009 merupakan tempoh yang lama dan macam macam boleh berlaku. Ini termasuk gejala politik wang, fitnah-memfitnah dan proses memperkudakan emosi sehingga akan timbul keadaan dimana “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.

Pandangan Tun Dr. Mahathir and Tan Sri Muhyiddin memang kena pada tempatnya. Ahli UMNO, terutama akar umbi wajar membuat proses pemikiran strategik (strategik thinking) sekarang, kerana apa pun yang UMNO putuskan hari ini, akan meninggalkan kesan yang mungkin payah diperbetulkan (irreversable) dimasa akan datang. Ahli UMNO kini hanya ada satu peluang sahaja lagi untuk membetulkan apa yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah jahanamkan dalam tempoh begitu singkat, samada secara sengaja dan terancang atau tidak.

TEPUK DADA, TANYA SELERA

http://bigdogdotcom.wordpress.com/

bergaduh la....setakat cakap-cakap buat apa haha...umno ni dah tak lama hidup dah...pak lah mai kat pakatan ni hehehe....

1 comment

Gelombang Rakyat said...

Tiada siapa yang bersuara semacam sekarang jika Pak Lah jadi pemimpin yang elok dan terpuji.

Powered by Blogger.