pening....

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka memang suka kepada perkara-perkara maksiat kerana itulah orang seperti Shah Rukh Khan disanjung tinggi dan diberi penghargaan. Fikirkan wahai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di Melaka yang begitu TOTOK dengan Umno.

DATUK SHAH RUKH KHAN : TIDAK ADA LAGIKAH ORANG LAIN UNTUK GELARAN DATUK

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil kesal dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka. Tidak ada lagikah orang lain yang lebih layak dari beliau. Apa jasa beliau kepada rakyat negeri Melaka sehingga mendapat pengiktirafan begitu tinggi.

Apakah sudah tidak ada lagi bekas perajurit, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya yang terbukti banyak berjasa kepada negara dan negeri Melaka.

Kalau beginilah tindakan kerajana negeri kami yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka. Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.Nanti akan ada Dato’ Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Kami pun naik hairan.Apakah Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.? Pelik tapi benar?

Inikah orang yang kita nak lantik jadi Timbalan Presiden Umno?Utusan Meloya melaporkan hari ini bahawa pelakon terkenal Bollywood itu, merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk. Mungkin agaknya Shah Rukh Khan banyak berjasa kerana menghiburkan rakyat negeri Melaka yang bermuram durja akibat kenaikan harga minyak dan barangan yang melampau sekarang.

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka memang suka kepada perkara-perkara maksiat kerana itulah orang seperti Shah Rukh Khan disanjung tinggi dan diberi penghargaan. Fikirkan wahai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di Melaka yang begitu TOTOK dengan Umno.

http://pemudabukitkatil.blogspot.com

orang melaka.....sedar-sedar la sikit.......

No comments

Powered by Blogger.