"
Anwar : Ceramah Penjelasan Malam Ini - 1 Julai Tarikh : 1 Julai 2008 (Hari Ini)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam
Hadirkan diri jika berkesempatan.
Pelbagai Berita Terkini Dari Segenap Dimensi
Anwar : Ceramah Penjelasan Malam Ini - 1 Julai KENYATAAN MEDIA
25 Jamadil Akhir 1429
30 Jun 2008
Kami, ahli-ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.
Tiada yang lebih menarik perhatian saya dari ulasan kepimpinan BN melainkan dari Khairy Jamaludin. Ulasannya diluar kebiasaan dan arus kepimpinan BN. Bukan menongkah arus tetapi melahirkan teori baru- mirip kenyataan Tun Mahathir ketika DSAI hadir mahkamah dengan lebam mata. DSAI pukul mata sendiri. Kata KJ, DSAI mungkin menyuruh pegawainya melaporkan sendiri untuk meraih simpati. Selepas itu dakwa ada orang mengancam nyawa. DSAI pandai berpolitik menarik simpati- ulas KJ.
Cepat betul Paklah nafi penglibatan kerajaan BN dalam kes lewat DSAI kali kedua ini,

Memesong perhatian
Dalam sidang media Parti Keadilan Rakyat di Hotel Quality, Shah Alam tengah hari tadi, Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali memberitahu media bahawa Anwar Ibrahim telah menerima ancaman bunuh.
Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi “kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri”.
Diatas dasar tersebut, Parti Keadilan Rakyat tidak membenarkan saudara Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang media parti tersebut.

Maklumat terkini yang diterima, Kedutaan Turki telah menerima untuk melindungi Anwar di kedutaan tersebut diatas sebab ancaman bunuh yang diterima oleh penasihat PKR tersebut.
Sementara itu sewaktu sidang media berjalan, lebih kurang 1000 penyokong parti tersebut berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri tersebut sambil melaungkan slogan “reformasi”.

Situasi ini tidak ubah seperti apa yang berlaku pada tahun 1998. Kelihatan begitu ramai “orang-orang lama” Reformasi berada di Hotel Quality tersebut.
Assalamua'laikum,
Lapuran polis yang dibuat .... di petik dari [Rockybru] ....
"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."Ini lah dia, Saiful Bukhari Azlan ...




29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM

Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.
Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.
Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.
Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar.
Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin.
Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar.
Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir.
Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.
Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.
Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu.
Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu.
Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.
Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.
Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
Oleh LanjusohSemalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.
Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.
Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.
�Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.
�Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.
�Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,� ujar beliau.
Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.
Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.
Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.
�Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,� katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.
�Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya.
Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap sese

Dalam titahnya,Raja Muda Perak,Raja Dr Nazrin Shah berkata, sistem pendidikan yang berorientasikan hafalan menghalang para pelajar daripada meneroka ilmu pengetahuan dan gagal menghayati falsafah pendidikan negara, baginda juga berkata sebuah Negara akan menjadi maju dengan menghargai setiap potensi pelajar dan rakyatnya, setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam membangunkan Negara.
Jika kita melihat pada sistem pendidikan di Malaysia, ia adalah system yang berorientasikan perperiksaan dan hafalan semata-mata, persoalannya adakah potensi sebenar seseorang pelajar dapat dinilai hanya dengan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam perperiksaan?.
Pelajar-pelajar sekarang lebih mementingkan keputusan yang cemerlang di dalam perperiksaan daripada kemahiran yang lain. Kesannya lahirlah para graduan yang hanya menjadi ulat buku, mereka tidak dapat bersaing untuk mendapat perkerjaan apabila sudah bergraduan, walaupun mereka cemerlang dengan mendapat ijazah kelas pertama atau sebagainya.
Dimanakah silapnya?, adakah sistem pendidikan atau persepsi masyarakat yang mengatakan kecemerlangan di dalam perperiksaan sahajalah menjadi satu kayu ukur kepada kecemerlangan kesuruhan individu itu?. Masyarakat juga memandang para pelajar yang mengambil jurusan yang kompetitif seperti perubatan,farmasi dan kejuruteraan sebagai satu kejayaan yang membanggakan sehinggakan kursus-kursus lain dipandang enteng sahaja. Tidakah masyarakat sedar bahawa untuk menjadikan sesebuah Negara itu perlu ada keseimbangan dalam semua aspek.Setiap individu mempunyai tugas dan tangunggjawab masing-masing.
Melihat pada perkara ini, seharusnya persepsi masyarakat patut diubah. kejayaan seseorang tidak dapat dinilai secara keseluruhannya hanya dengan keputusan perpperiksaan. Sistem pendidikan negara seharusnya tidak terlalu berorientasikan perperiksaan kerana ini akan melahirkan mahasiswa yang static dan tidak dapat berfikir secara analitikal dan kreatif.
TIDAK lama selepas fenomena kebuluran rakyat marhaen di beberapa kawasan luar bandar pada penghujung tahun 1960an, gelombang kebangkitan mahasiswa sekali lagi menumpu pada kemiskinan rakyat di Baling Kedah. Pada tanggal 19 November 1974, UMSU telah berjaya mobilisasi rakyat lebih 1000 orang. Rapat umum tersebut berterusan sehingga 21 November 1974.
Ketika itu, mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran rakyat hatta lebih 13 ribu ummat membanjiri Pekan Baling. Mahasiswa yang turun ke sana tidak banyak, namun kepemimpinan mahasiswa berjaya meniupkan kesedaran ke atas rakyat di sana.
Aksi mahasiswa bersama rakyat ini terus menerus diintai oleh kaum kapitalis UMNO/BN pada waktu tersebut. Aksi mereka ini panas diperdebatkan di Parlimen; bukan untuk memelihara hak-hak rakyat, tetapi lebih untuk mempertahankan status quo UMNO/BN sendiri.
Selepas Demontrasi tersebut, suatu rapat umum mahasiswa telah dibuat sekali lagi di Padang Kelab Sultan Selangor. Perhimpunan bersejarah tersebut berangsung pada 3 Disember 1974. Demontrasi tersebut telah dihadiri lebih 5 ribu mahasiswa.
Dalam demontrasi tersebut, mahasiswa telah mendesak beberapa tuntutan ke atas kerajaan Malaysia. Antaranya:-
PERTAMA, kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah inflasi negara; KEDUA, harga getah hendaklah dinaikkan pada paras munasabah; dan KETIGA, semua Menteri dan Menteri Besar yang rasuah hendaklah disingkirkan atau dihukum. [Hassan Karim, 1984].
Kerajaan langsung tidak mengendahkan tuntutan Pelajar dan telah menggunakan Polis untuk memadamkan gelombang kebangkitan mahasiswa pada waktu tersebut. Seramai 1128 mahasiswa telah dikasari dan ditangkap secara biadap oleh Polis pada waktu tersebut.
Walaupun Kerajaan telah mengenakan tindakan zalim dan tidak berprikemanusiaan tersebut, namun segala inisiatif kerajaan langsung tidak memadamkan gelombang kebangkitan mahasiswa.
Mahasiswa telah melancarkan demontrasi sekali lagi di dalam kampus. Kali tersebut, Presiden UMSU Sdr. Kamaruzzaman Yaacob dan Penolong Setiausaha UMSU Sdr. Adi Satria dan beberapa aktivis mahasiswa telah ditangkap di bawahakta draconion ISA.
Ada juga pemimpin berjaya melarikan atau menyelamatkan diri. Antaranya, Setiausaha Agong UMSU sendiri Sdr. Hishamuddin Rais.
Selain Sdr. Kamaruzzaman Yaacob dan Sdr. Adi Satria; Prof. Syed Husin Ali (UM), Prof. Tungku Shamsul (UM), Sdr. K.S Nijar (UM), Sdr. Lim Mah Mui (UM), Sdr/i. Sabiha Abd. Samad (ITM), Sdr. Anwar Ibrahim (Presiden ABIM), Sdr. Ab. Rahman Rikaini (YDP PMUKM), Sdr. Ahmad Kamal Selamat (YDP PMUSM) dan Ibrahim Ali (Presiden KSITM) antara yang ditangkap polis di bawah ISA pada waktu itu.
Aksi mobilisasi massa pada waktu tersebut mampu menggugat kaum capitalism UMNO/BN yang senang-lenang dalam kerajaan Malaysia. Mobilisasi massa pada waktu itu bukan hanya dilakukan ke atas mahasiswa, malah rakyat marhaen sendiri.
Kerajaan UMNO/BN yang capitalism pada waktu tersebut mulai merencana untuk memadamkan api kebangkitan mahasiswa.
Salah satunya adalah meminda AUKU 197i agar lebih ketat (digezetkan pada 12 Mei 1975) demi mengekang partisipasi dan mobilisasi kaum mahasiswa ke atas rakyat sebagaimana sebelum ini.
Tidak lama lagi, perhimpunan sejuta ummat akan berlangsung. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sendiri sedang mobilisasi 5 ribu mahasiswa di peringkat nasional.
Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU) sendiri insyaAllah akan menghantar minimum 2 bus mahasiswa untuk sama-sama meraikan pesta protes rakyat 6 Julai ini.
Boleh tercapai atau tidak angka 5 ribu tersebut, sama-sama kita congak pada hari keramat sejuta umat tidak lama lagi.
Namun, yang pasti UMNO/BN dan kerajaan Malaysia ‘dahulu kini dan selamanya’ tidak pernah terasa tergugat jika mahasiswa hanya mampu mobilisasi 5 ribu atau sepuluh ribu mahasiswa dalam satu-satu massa.
Yang mereka khuatiri dan bimbang apabila kita (mahasiswa) mulai memobilisasi massa – kaum petani, peruncit, buruh, nelayan, penjaja, kakitangan kerajaan/swasta, hatta pertubuhan parti/NGOs sendiri.
Itulah yang boleh kita lihat dalam sejarah MAHASISWA MENGGUGAT lampau.
Itulah juga yang selalu SB-SB Bukit Aman bertanya kepada saya sebelum ini - adakah mahasiswa akan memobilisasi rakyat sendiri?
Sayang, kita hanya bercita-cita memobilisasi 5 ribu kaum mahasiswa sahaja.
Akhirnya, tersenyumlah mereka yang selama ini cukup gerun dan gugat dengan sejarah panjang kebangkitan kaum kita (mahasiswa menggugat).
Beza mobilisasi mahasiswa dahulu dan sekarang? Cari-carilah sendiri jawapannya… –END
————————–
P/S: Dalam sejarah perkembangan negara-negara bangsa, ada tiga agen perubahan yang mampu merobah sistem nilai dan massa – (1)politikus, (2)buruh dan (3)mahasiswa. Antara ketika-tiga kaum ini, mobilisasi mahasiswalah yang agak unik, tertib dan merentasi semua lapisan masyarakat kerana mereka memperjuangkan ‘politik nilai’, manakala kaum politikus dan buruh lazimnya memperjuangkan puncak ‘politik kekuasaan’. PENDIDIKAN ASAS PERUBAHAN!
Tarikh: Rabu, Februari 18, 2006 @ 08:11:22 GMT
Topik: 1
Oleh Lokman Nor Adam
Bahagian Pertama
Sejak dibebaskan daripada tahanan ISA, Parti Keadilan Nasional sememangnya bukan lagi parti yang gah sepertimana sebelum kami dipenjarakan. Pelbagai cara telah kami gunakan untuk cuba mengembalikan kegemilangan parti Keadilan, namun ternyata usaha tersebut tidak mampu merubah keadaan.
Untuk menghimpunkan 1000 orang bagi menghadiri kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim pun payah. Ketika inilah saya, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip telah dipanggil oleh Ezam. Saya masih ingat kata-kata Ezam ketika itu, "Man, Kau rasa BA ni boleh memerintah ke?"
Sayapun menjawab: "Tidak dalam masa 10-20 tahun lagi."
Kemudian Ezam mula menerangkan kepada kami bahawa "there is no way" untuk Datuk Seri Anwar bebas melalui Barisan Alternatif (BA). Jelas beliau: "Aku dan Lokman telah sama-sama merasa penderitaan di penjara, tapi nasib kami lebih baik kerana keadaan di Kamunting tidak seperti di Sungai Buloh. Tahun ini merupakan tahun keenam Datuk Seri Anwar akan berhari raya di penjara. Nampak gaya kita kena ubah strategi dan menggunakan pendekatan lain."
Ketika itu kami memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang beliau ingin sampaikan. Lalu beliau terus menambah: "Aku rasa takde orang lain yang boleh membebaskan Boss melainkan Dollah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)."
Menurut Ezam, di dalam Umno ada tiga kumpulan manusia. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang membenci Anwar dan kumpulan ini mahu Anwar terus di penjarakan. Tetapi kumpulan ini semakin lemah kerana mereka ini terdiri daripada orang Dr Mahathir (Mohamad).
Kumpulan kedua pula ialah mereka yang membenci Anwar tetapi tidak sampai hati untuk melihat Anwar terus dipenjara. Namun kumpulan ini tidak berbuat apa-apa untuk membebaskan Anwar.
Kumpulan ketiga pula adalah kumpulan yang suka pada Anwar dan mahu melihat Anwar bebas seperti Zahid Hamidi, Affifudin Omar dan lain-lain. Namun menurut Ezam, mereka ini juga tidak buat apa-apa. Itu sebabnya jelas Ezam: "Kita perlu wujudkan kumpulan keempat, iaitu kumpulan yang suka pada Anwar, mahu melihat Anwar bebas dan boleh meyakinkan Pak Lah bahawa Anwar perlu dibebaskan demi survival politik Pak Lah.
......Bersambung ke Bahagian 2.....
Oleh Lokman Nor Adam
Kelana Jaya
Ketika ini, saya mencelah: "Kau tak takut ke orang maki kita kalau masuk Umno?" Jawab Ezam: "Orang akan faham Man (Lokman) yang kita sanggup korbankan diri kita demi kebebasan Anwar. Kita deal-lah hari ini Boss bebas, dalam tempoh 24 jam kita akan isytihar masuk Umno."Menurut beliau lagi: "Kita tubuh parti ini untuk membebaskan Anwar, kalau parti ini mati sekalipun takpa asalkan Anwar bebas".
Idea Ezam ini telah kami persetujui dan ketika itu kami telah menyatakan ikrar kami untuk bersama beliau. Di peringkat awal Hamdan dan Zahid telah diarahkan untuk memulakan perbincangan dengan satu dua pemimpin Umno.
Saya juga telah diarah untuk membina semula hubungan dengan rakan lama saya yang dekat dengan Pak Lah dan juga merupakan junior Ezam semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menjelang bulan Ramadhan lalu, perbincangan menjadi semakin serius kerana kami mengharapkan agar kali ini Anwar dapat kembali berhariraya bersama keluarganya.Inilah yang membawa kepada pertemuan Ezam dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Pertemuan ini telah berlangsung di kediaman rasmi Tan Sri Mohamad Taib, di Kelana Jaya. Ketika itu, Ezam telahpun berpindah ke Seksyen 7, Shah Alam. Ezam telah menceritakan kepada kami bertiga apa yang berlaku di antara beliau dan Mat Taib.
Mesyuarat empat sekawan ini pasti akan diadakan selepas setiap pertemuan penting. Lokasi biasa yang kami pilih ialah di Ravi’s Corner, Sunway. Menurut Ezam, Mat Taib berjanji akan membawa hasrat kami untuk menyertai Umno kepada Pak Lah. Namun, dari apa yang Ezam dapat lihat, isu pembebasan Anwar ini sukar untuk Mat Taib bangkitkan kepada Pak Lah.
Menurut Ezam, Mat Taib hanya mengulang tentang pentingnya kami kembali bersama Umno tanpa syarat demi menyatukan semula orang Melayu. Kegagalan dalam pertemuan yang pertama ini telah membawa kepada pertemuan kedua, iaitu dengan Datuk Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor.
Saya masih ingat bahawa pada hari pertemuan diadakan, Ezam menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya. Saya sendiri telah menghantar Ezam di hadapan Sekolah Menengah Seksyen 7 dan kemudiannya beliau telah menaiki kereta Haji Azmir, naib ketua Umno Bahagian Shah Alam untuk ke rumah Khir Toyo.
Pertemuan beliau kali ini lebih lama, iaitu sejam setengah, berbanding dengan pertemuan dengan Mat Taib selama setengah jam sahaja.
Letak jawatan
Menurut Ezam, pertemuan dengan Khir jauh lebih baik dan Khir turut menyatakan komitmen beliau untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Pak Lah.
Selepas Hari Raya Aidilfitri, Ezam telah memanggil kami bertiga dan menzahirkan keputusan mengejut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Saya telah bertanya kepada beliau, kenapa terburu-buru nak letak jawatan dulu sedangkan syarat kita belum dipenuhi. Beliau menjawab: "Aku rasa kalau aku tak letak jawatan untuk tunjukkan kepada Pak Lah yang aku ikhlas untuk bersama dia, sampai bilapun dia takkan jumpa aku." Ketika itu saya telah menerangkan kepada beliau: "Zam, kalau kau tinggalkan Keadilan dan masuk Umno, BN akan dapat "double bonus." Tapi bila kau tinggalkan Keadilan, itupun dah memberikan bonus percuma kepada mereka. Tunggulah syarat kita diterima dahulu."
Hamdan dan Zahid juga tidak bersetuju dengan keputusan Ezam ketika itu. Namun kami semua tahu bahawa apabila Ezam sudah membuat keputusan, tidak guna untuk kami membazir masa cuba meyakinkan beliau. Hasrat Ezam untuk meletakkan jawatan dan bertemu Pak Lah dalam keadaan beliau bukan lagi ketua Pemuda Keadilan ini, telah Ezam sampaikan kepada Pak Lah melalui teman lama saya yang juga merupakan junior Ezam di UIA tadi.
Pertemuan ini berlaku di Coffee House, Hotel Sunway Resort sekitar Hari Raya keenam atau tujuh. Pada hari ini jugalah, Ezam menyerahkan suratnya untuk Pak Lah di mana beliau telah menyatakan hasratnya untuk menyokong kepimpinan Pak Lah demi perpaduan Melayu. Sejak Ezam mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan, beliau telah mula mengadakan beberapa pertemuan dengan teman-teman terdekat. Namun, tidak semua yang beliau beritahu tentang hasrat sebenarnya ingin meletakkan jawatan, adalah untuk menyertai Umno.
Rata-rata yang beliau temui, hanya dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletak jawatan dan menumpukan perhatian kepada badan bukan kerajaan (NGO). Namun ada di antara Exco yang rapat, seperti Azwan Din, Dato Sanusi Osman dan satu-dua orang yang lain, telah dimaklumkan tentang usaha membebaskan Anwar melalui Umno. Pada ketika ini juga, satu surat telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail, bagi menjelaskan hasrat Ezam untuk meninggalkan Keadilan dan menumpukan perhatian kepada NGO.
Saya masih ingat bagaimana Ezam menceritakan keadaan Datin Seri Wan Azizah yang menangis teresak-esak apabila Ezam menyatakan hasratnya itu.Namun keadaan mula berubah apabila Ezam menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar. Jawapan yang Ezam terima daripada Datuk Seri Anwar berhubung hasratnya untuk meninggalkan Keadilan sememangnya cukup keras, "if Ezam wants to leave the party, that means he wants to kill the party and betray me, and I will fight him" (terjemahan: Kalau Ezam mahu meninggalkan parti, itu bermakna dia mahu membunuh parti ini dan mengkhianati saya, dan saya akan menentangnya).MELAKA 28 Jun - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.
``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.
``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.
Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

Di lokasi itu nanti akan ditempatkan petugas yang cukup untuk menguruskan tempat letak kereta namun walaubagaimana pun anda dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan.
Makanan / Minuman
Penganjur akan memastikan kewujudan gerai makanan dan minuman yang mencukupi. Disamping restoran A&W dan beberapa restoran lain yang berhampiran.
Tempat membersihkan diri, tandas dan tempat solat
Penganjur akan menyediakan tandas bergerak yang cukup, tempat solat dan wudhu. Beberapa khemah wakaf untuk berehat juga bakal tersedia.
