berubah untuk kebaikan bersama

KOTA KINABALU, Jan 20 (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan meminta kerajaan Persekutuan supaya segera mengadakan semula gerakan pendaftaran rakyat Sabah secara besar-besaran bagi memastikan hanya penduduk tempatan sahaja yang diberikan MyKad atau taraf kewarganegaraan.

Beliau berkata langkah drastik itu penting memandangkan terdapat bukti jelas yang menunjukkan "ada sesuatu yang tidak kena" dengan proses pendaftaran untuk mendapatkan hak kerakyatan secara betul mengikut undang-undang negara ini.

Dr Jeffrey hari ini mendedahkan satu kes di Kota Belud yang menyaksikan seorang penduduk tempatan iaitu Rafli Dalam diisytiharkan berstatus "mati" oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2001 sedangkan beliau masih hidup.

Katanya perkara itu sepatutnya tidak berlaku dan percaya ia ada kaitan dengan sindiket projek IC yang didalangi oleh pendatang tanpa izin.

"Satu demi satu rakyat Sabah mengeluh mengenai masalah sama ada status kerakyatan atau kad pengenalan MyKad. Kali ini ada pula orang masih hidup tetapi berstatus mati.

"Apa yang pelik ialah orang yang berstatus mati ini (Rafli) dibenarkan mengundi pada pilihan raya umum 2004. Saya percaya kes ini merupakan sebahagian kecil daripada yang sebenarnya berlaku, dan perlu dipandang serius," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Karamunsing, dekat sini hari ini.

Dr Jeffrey mencadangkan supaya kerajaan Sabah diberi hak perlembagaan untuk menentukan status kewarganeraan penduduk di negeri ini dan bukan lagi ditentukan oleh JPN pusat di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau mahu JPN dan daftar pemilih dibersihkan ekoran banyak kes termasuk yang dihadapkan ke mahkamah berkaitan dengan projek IC atau pemilikan MyKad secara meragukan di negeri ini.

"Kita tidak mahu kes seperti yang dihadapi oleh Rafli berlaku lagi. Kerajaan Persekutuan perlu ikhlas dan komited untuk menangani masalah tidak berkesudahan ini demi melindungi kepentingan penduduk tempatan di Sabah," katanya.

Dr Jeffrey turut mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat secara menyeluruh masalah projek IC di Sabah.

Sementara itu, Rafli, 38, yang turut membuat laporan polis di sini, berkata beliau kini menghadapi pelbagai masalah berikutan statusnya yang dianggap sudah meninggal dunia.

selanjutnya.....
masa untuk pakatan melebarkan sayap di sana....kita akan serang BN sana

No comments

Powered by Blogger.