Isu Altantuya masih relevan, Datuk Seri!
Saya tak nak bertingkah kerana kadang-kadang saya pun ada wishful thinking bahawa Najib tidak terlibat sama sekali dengan pembunuhan Altantuya. Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga tak terlibat. Saya selalu ada wishful thinking seperti itu.
Saya tak nak bertingkah, saya hanya teringat cerita lama. Apa salahnya teringat. Takkan teringat pun salah.
Saya teringat, dalam kehangatan kempen pilihan raya Ijok dahulu, Bernama melaporkan Najib berkata: "Apa kena-mengena perempuan Mongolia dengan orang Ijok? Apa kena mengena Altantuya dengan orang sini? Tidak ada kena-mengena, tidak ada kena-mengena dengan saya sendiri.
"Tidak ada kaitan dengan saya tetapi dibawa ke mari sebagai isu pilihan raya".
Saya teringat, ketika bergasak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil itu juga, Najib berkata, "Saya hanya lihat gambarnya (Altantuya) yang disiarkan oleh akhbar".
Hanya lihat gambar yang disiarkan oleh akhbar (yang disiarkan oleh akhbar sahaja!) bermaksud tidak pernah berjumpa dan bersua muka. Jauh lagi bertegur sapa dan bermesra. Jangan pandai-pandai nak menuduh wujudnya urusniaga. Jauh lagi adegan asmara. Anal penetration tak payah cakaplah!
Tetapi dalam berita Malaysiakini bertajuk "Najib seen with Altantuya," seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bernama Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah Shah Alam:
Altantuya had shown her the photo when she returned from a trip to France.Itu laporan Malaysiakini. Mungkin pak yet-pak yet Najib akan kata, "Ah! Malaysiakini!"
It is believed that the government official in the photograph is Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who has close ties with political analyst Abdul Razak Baginda.
Masalahnya, bukan Malaysiakini sahaja yang melaporkan keterangan Burmaa itu. Pada 29 Jun 2007, Utusan Malaysia melaporkan Burmaa memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah:
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.Alamak! Terencat wishful thinking saya. Nasib baiklah kira-kira setahun kemudian, iaitu pada 14 Mei 2008, Utusan Malaysia melaporkan Najib menegaskan bahawa beliau tidak pernah kenal atau berjumpa dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.
Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"
Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”
Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, lapor akhbar itu, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen (Lihat juga berita Utusan Malaysia 30 Jun 2007 bertajuk "Kes Altantuya: TPM tidak akan beri kenyataan").
Lebih bernasib baik lagi wishful thinking saya apabila Utusan Malaysia 23 Ogos 2008 melaporkan Najib Tun Razak melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu dalam kehangatan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.
"Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar," kata Timbalan Perdana Menteri.
Saya tak nak bangkitkan lagi apa yang saya persoalkan sebelum ini; siapa yang cakap benar? Najib atau Burmaa? Kalau Najib bernar, Burmaa pembohong. Kalau Burmaa benar, Najib pembohong.
Jika benar Najib pembohong, adakah negara ini akan terus diperintah oleh pembohong demi pembohong?
Memang, walaupun Burmaa memberikan keterangan dengan sumpah cakap benar dalam mahkamah, tetapi Najib lagi hebat. Dia telah memberikan keterangan bersumpah dalam masjid.
Barangkali benar isu Altantuya tidak relevan di Kuala Terengganu. Tinggal lagi, yang saya masih terasa relevan dan amat terganggu ialah pada hari yang sama dengan laporan Najib bersumpah di masjid itu, muncul pula satu lagi sumpah dalam Malaysia Today.
Thagarajoo a/l Thangavellu pula bersumpah, melalui akuan berkanun, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai Muslim, mengamalkan ajaran Hindu.
Alamak... Ni yang payah ni. Harap-harap tak benarlah akuan berkanun Thagarajoo itu. Kalau benar, macam mana nak percaya sumpah Najib di Masjid Guar Perahu bahawa beliau tidak pernah terlibat dan tidak mengenali Altantuya? Kalau benar akuan berkanun Thagarajoo itu, macam mana nak percaya sumpah menggunakan nama Allah di dalam masjid oleh seseorang yang mengamalkan ajaran agama Hindu?
Wishful thinking saya tetap mengharapkan akuan berkanun Thagarajoo tak betul. Sebabnya, jika Thagarajoo betul, yang terpakai bukannya sumpah Najib di Masjid Guar Perahu. Yang terpakai ialah keterangan Burmaa dengan sumpah cakap benar dalam mahkamah. Jika keterangan Burmaa yang terpakai, masih relevan lagilah isu Altantuya selagi ada pemimpin yang bernama Najib Tun Razak.
Kesian wishful thinking aku!
Lampiran:
Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu (Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra, "Najib: Muslim by birth, Hindu by practice". Sekiranya terdapat keraguan, sila rujuk kepada artikel asal) .
Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-
- Saya bekerja sebagai pemandu.
- Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
- Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.
- Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.
- Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.
- Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.
- Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
- Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.
- Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.
- Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.
- Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.
- Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.
Berkaitan:
We know what Najib and spouse did last raya (Sheih)
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/mstar-online-6-januari-2008-melaporkan.html
No comments
Post a Comment