TVAntara, Saluran Informasi Terbaru Pakatan Rakyat

"Pada 5 Januari 2009, Gabungan PKR, PAS & DAP melalui Pakatan Rakyat maju setapak lagi dengan pelancaran sebuah saluran alternatif secara dalam talian yang boleh diakses melalui: http://www.tvantara.com/



TVAntara.com ditubuhkan melalui kerjasama Unit Penerangan Parti PKR, PAS & DAP, sebagai alternatif kepada saluran media sedia ada yang dilihat semakin hari tegar memutarbelitkan berita dari pihak Pakatan. Selaras dengan kepesatan Teknologi Maklumat yang semakin berkembang, Visi TVAntara antara lain memaparkan Koleksi terbaru Visual, Video, Audio dan berita perkembangan politik Malaysia dengan jujur, adil dan bebas.

Menjelang hari Pembuangan Undi pilihanraya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu, Pasukan Media TVAntara turut berkampung di sana untuk membuat liputan mengenai perkembangan terkini yang berlaku secara “live” kepada anda dari sana.

P/S: Para Bloggers digalakkan untuk membuat promosi atau “linkback” ke website kami…

http://www.tvantara.com/

No comments

Powered by Blogger.