Adun Batang Ai koma sembilan bulan, meninggal pagi tadi- malaysiakini




Dublin Unting

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Air, Datuk Dublin Unting Ingkot, 56,yang meninggal awal pagi tadi dilaporkan koma selama sembilan bulan akibat angin ahmar.

Beliau yang bertugas sebagai Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Normah (NSMC), Petra Jaya di sini, jam 1.25 pagi tadi.

Mendiang yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), diserang angin ahmar 22 Mei tahun lalu dan menjalani pembedahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) NSMC.


Sejak menjalani pembedahan di kepalanya bagi membuang darah beku itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia awal pagi tadi.

No comments

Powered by Blogger.