ISLAM BUKAN HANYA PADA NAMA
Shahrizat mendakwa dia akan cuba menerapkan nilai agama pada kaum wanita, tetapi omongannya tidak berasas. Nazri Aziz, nama seorang Islam, tetapi menjatuhkan kemuliaan Islam. Zambry, adalah sebuah nama yang berasal daripada Bahasa Arab. Sekiranya “Zambry” dengan menggunakan huruf “zai” maka ia bermaksud “tiupanku” atau “tiupan serunaiku”.
Sekiranya “Zambry” dengan menggunakan huruf “zal”, maka ia bermaksud “ngaumanku”. Saya terfikir beberapa kali, dan saya sendiri tidak tahu samada “zambry” itu menggunakan huruf “zal” atau “zai”. Mungkin ada yang berkata bahawa ia berasal daripada Bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan “camry”. Tetapi ini adalah andaian semata-mata. Oleh itu, nama Zambry mempunyai dua maksud, “tiupanku” atau “ngaumanku”.
Di dalam artikel ini, saya tidak berniat untuk memperincikan nama “zambry”, tetapi saya cuba kaitkan dengan tajuk iaitu “Islam bukan hanya pada nama sahaja”. Ini kerana di akhir zaman, Islam hanya pada nama sahaja. Orang melihat bahawa Islam itu tidak lebih melainkan nama sahaja. Dan akhirnya, manusia pun sudah merasa “getik” untuk memakai nama Islam.
Nabi SAW bersabda
.Hampir tiba satu masa, di mana tiada lagi pada Islam kecuali namanya sahaja, dan tiada lagi pada al Quran melainkan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka (ketika ini) tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah teduhan langit. Dari mereka (ulama’-ulama’ ini) berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu kembali semula (Riwayat Baihaqi)
Abu Ali al Banjari menafsirkan hadis ini dengan berkata
“Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama yang jahat, yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama’ akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan ulama’ yang meneruskan penyebaran dakwah dari semasa ke semasa”
Lihatlah apa yang terjadi hari ini. Islam itu hanya pada nama sahaja. Sehingga orang tidak berilmu pun, cuba memakai nama “ulama’” kononnya dia seorang yang berilmu. Akhirnya mereka ini akan menyebarkan fitnah sepertimana yang dilihat hari ini. Apabila kita bertanya kepada orang Melayu tentang nama mereka, sudah pasti nama mereka mempunyai maksud yang mendalam.
Tetapi, nama yang dipakainya tidak seperti tuannya. Nama sahaja Islam, tetapi rupa-rupanya dialah yang merencana untuk menghancurkan Islam. Semoga kita dijauhkan daripada golongan sesat ini. “Gelarlah ulama’ kepada orang yang sepatutnya.. dan gelarlah Islam kepada mereka yang selayaknya..”. Berfikir dan elakkan daripada keterlaluan.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments
Post a Comment