polis kata halam p ipoh? apa kes? malaysia tak bebas kah?
Polis cuba menghalang penyokong DAP yang merancang ke Perak bagi menyatakan sokongan persidangan penting DUN Perak – yang menentukan masa depan pemerintahan Pakatan Rakyat – Khamis ini.
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, seorang anggota polis unit Cawangan Khas telah menghubungi pembantunya kelmarin agar membatalkan niat mereka membawa kira-kira 25 penyokong ke Ipoh.
"Sekiranya orang lain naik bas boleh pergi ke Pulau Pinang, Singapura, kenapa tidak boleh naik bas ke Ipoh?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
bershi 1blackmalaysia pc 050509 teo nie chingTeo berkata larangan polis itu berkemungkinan kerana beranggapan mereka akan terlibat dalam perhimpunan haram pada hari persidangan tersebut.
Beliau menolak dakwaan ingin terlibat dalam perhimpunan haram dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas.
Ahli parlimen DAP itu menegaskan akan meneruskan hasratnya untuk menyertai saat-saat penting itu – kemuncak perebutan kuasa antara dua menteri besar, Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat) sejak Februari lalu.
Selain percubaan BN memecat Speaker DUN V Sivakumar, ADUN DAP di Tronoh, keadaan kelam-kabut akibat susunan kerusi yang masih tidak jelas sewaktu persidangan dijangka mengundang kejadian tidak diingini.
Semalam polis Perak melarang orang ramai berhimpun di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan – yang menempatkan bangunan DUN itu – seperti diseru dalam ceramah Pakatan dan blog.
"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.
Mengulas lanjut senario yang bakal ditempuhinya, Teo tidak menolak kemungkinan rombongannya akan ditahan atau disekat oleh polis ketika dalam perjalanan ke sana.
"Saya akan memberitahu rombongan, (mengenai) tindakan berjaga-jaga kepada mereka sebelum bertolak, sama hari ini atau esok," katanya.
Mereka akan bertolak dari Serdang ke Ipoh pada jam 11.30 malam esok.

No comments
Post a Comment