KENAPA KITA PILIH ULAMA’?


Saya terbaca artikel yang telah ditulis oleh Us Nasaruddin Tantawi yang bertajuk “Kepimpinan Ulama’”. Coretan daripada beliau itu sepatutnya difahami, bukan sekadar dibaca. Namun, ulasan saya di sini ialah dalam cuba menyelesaikan konflik di antara pemahaman perkataan “ulama’” dan “professional”. Saya harap, pembaca dapat membaca sehingga habis supaya tidak tersilap dalam memahami.

Siapa kenal sekular? Antara strategi sekular ialah mempopularkan istilah “golongan professional”. Ini kerana mereka cuba memecahkan di antara “orang agama” dan “orang berpendidikan”. Inilah pemahaman sekular yang mesti kita ketahui supaya tidak terpengaruh dan terkesan. Ramai dikalangan kita pun tidak sengaja mengembangkan idea sesat ini.

Hakikat yang sebenar ialah “ulama’” itulah “professional”. Kita tidak boleh menceraikan dua perkataan tersebut. Ulama adalah mereka yang belajar dan memahami ilmu agama. Tetapi bukan semua dari kalangan ulama’ yang beramal dengan ilmunya. Maka terbentuklah ulama’ periuk nasi, ulama’ mee celup, dan banyak lagi. Semua ini adalah ulama’ yang tidak mengamalkan ilmunya, atau lebih dikenali sebagai ulama’ as su’.

Nabi SAW bersabda
.
Akan datang di akhir zaman nanti, ahli ibadat yang jahil, dan ulama’ yang fasiq (Hadis Riwayat Adiy di dalam al Kamil)

Ramai orang mengatakan bahawa “professional” itu adalah golongan doktor, jurutera dan sebagainya. Tetapi hakikatnya kita sendiri terpengaruh dengan pemahaman sekular yang cuba mengatakan bahawa ulama’ itu bukan professional. Akhirnya terbentuklah dua elemen yang bertentangan iaitu di antara ulama’ dan orang-orang cerdik.

Hakikat sebenar yang mesti kita fahami ialah, professional itu adalah perkataan yang umum. Ulama adalah professional dalam bidang agama, jurutera adalah professional dalam bidang binaan, doktor adalah professional dalam bidang rawatan, dan sebagainya. Maka, ulama’ yang juga professional di bidang agama inilah yang diletakkan di tempat yang tinggi di sisi Allah. Fahami dengan teliti supaya kita tidak dipengaruhi oleh anasir sekular.

Orang yang berilmu mendapat nilai di sisi Allah SWT. Tetapi dalam kebanyakan orang yang berilmu itu, Allah SWT meninggikan pula orang yang memiliki ilmu agama, berbanding ilmu-ilmu yang lain. Dan di sana juga terdapat perbezaan di antara ilmu, pengetahuan, dan pemahaman.

Ada orang yang hanya mengetahui, tetapi tidak berilmu. Dia hanya mencedok ilmu dengan membaca semata-mata tanpa belajar. Orang yang belajar akan memperolehi ilmu, dan nilaian orang yang mempelajari agama adalah tertinggi di sisi Allah. Bahkan Allah SWT sangat suka dengan orang yang belajar agama, memahami dan mengamalkannya.

Salam Perjuangan

No comments

Powered by Blogger.