KEPIMPINAN: AMALAN DAN REALITI DALAM PERJUANGAN PAS
Muqaddimah
Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para rasul dan nabi-nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Bermaksud
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya”
Dalam konteks kedatangan Islam di negara ini Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan obak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islam mereka sanggup bekorban apa sahaja.
Kepimpinan adalah mereka yang mesti banyak bekorban dan berjuang, kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam konteks menguruskan perjuangan. Lebih-lebih lagi menjadi pemimpin Pas yang perlu banyak bekorban. Memimpin Pas bukan satu status kemasyhuran tetapi ia sebagai tanggungjawab, kerana Pas sebagai sebuah parti pembangkang yang sentiasa diburu dan diperhati oleh musuh dalam dalam luar negara.
Kepimpinan boleh difahami sebagai satu mekanisme untuk menggerakkan usaha merealisasikan beberapa kepentingan individu serta juga kepentingan-kepentingan masyarakat.1
Dalam sains Masyarakat pula, konsep kepimpinan atau kepemimpinan ini dikaitkan dengan faktor-faktor setempat atau alam sekeliling di mana pemimpin itu berada. Kepimpinan itu wujud dalam organisasi dan segala tindakan yang berkesan dan berkait rapat dengan sesuatu organisasi.2
Rumusan bahawa kepimpinan adalah satu proses dalam mana individu yang diberikan amanah menduduki sesuatu kedudukan yang lebih tinggi dari ahli lain telah dilengkapkan dengan kuasa yang sah untuk menjalankan kegiatan bagi mencapai suatu objektif yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam aspek ini amanah yang diberikan bukan sahaja kepercayaan menguruskan pertubuhan, organisasi atau projek tetapi kepercayaan memimpin ahli-ahli lain dari segi memberikan bimbingan, semangat dan pimpinan yang berkesan.
Fungsi Kepimpinan
Membentuk dan membimbing ahli bawahnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Menyatu padukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar dan sebaginya
Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin menjadi cemerlang. Ini termasuklah dengan memberi dorongan berdasarkan ganjaran atau teguran.
Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi.
Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan penglibatan yang bermakna dari ahli dan memberikan rangsangan yang berterusan.
Matlamat bagi setiap kegiatan dinyatakan dengan jelas agar wujud kepaduan dalam tindakan dan objektif.
Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi. Ini mengambil kira kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan. Tegasnya kepimpinan organisasi perlu mahir mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau kumpulan besar.
Keberkesanan Dan Ciri Kepimpinan Yang Baik
Pemimpin mestilah mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan seorang yang beriniasitif iatu punya kebolehan memberi pendapat dan mengemukakan idea-idea baru serta megamalkannya. Adalah menjadi kewajipan pemimpin berusaha menggerakkan pengikut-pengikut kearah pencapaian matlamat.
Seorang pemimpin mengetahui kehendak-kehendak pengikutnya (dalam setengah suasana, bukan dalam semua keadaan) dan berusaha untuk memandu pengikut-pengikut kearah matlamat yang direncanakan. Dengan adanya hubungan baik antara pemimpin dan pengikut sudah tentu dapat mewujudkan kejayaan bagi sebuah organisasi atau pertubuhan.
Untuk menjamin kejayaan dan keberkesanan berterusan sesebuah organisasi maka perlu dipupuk sifat kerjasama dan toleransi antara pemimpin dan pengikut. Pemimpin mesti memainkan peranan penting dalam proses membuat keputusan untuk mempengaruhi orang lain berpelakuan selaras dengan oreintasi jamaah.
Selain dari itu pemimpin juga berperanan memastikan suatu matlamat atau objektif yang hendak dicapai itu bersifat kolektif. Aspek ini penting kerana tanpa adanya kata sepakat dalam satu-satu organisasi , sudah tentu tidak wujudnya keberkesanan dalam menyusun aktiviti-aktiviti organisasi
Ia mesti berkecuali dalam satu krisis, bersifat berani membuat keputusan dan menghadapi krisis dengan tenang.
Seorang pemimpin mesti tegas dalam prinsip dan hak dan bertolak ansur pada perkara yang cabang.
Disamping itu seorang pemimpin juga mestilah bertimbang rasa dengan orang-orang di bawah pimpinannya,
Kebolehan mengeluarkan idea-idea untuk perubahan, cekap dalam pentadbiran.
Bijak menguruskan perjuangan dan bersemangat dan terarah.
Ia mesti melebihi kepentingan jamaah daripada kepentingan peribadi.
Ia harus membuat keputusan secara kolektif bukan secara peribadi.
Tidak menghasut
Tidak mengamalkan puak-puak.
Ianya menentukan kerja-kerjanya dan kerja kerja anggotanya dengan jelas supaya tidak keliru. (wujudnya pembahagian tugas/lajnah)
Seorang pemimpin yang baik ia tahan lasak dan bersusah payah dengan ahli dan orang bawahan. Sentiasa berperanan insaf dengan kesusahan pengikutya dan bersungguh memperjuangkan nasib dan cita mereka.
Pemimpin mesti berkebolehan dalam berbagai aspek kepimpinan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Penguasaan, menggunakan kuasanya di dalam mengambil tindakan membuat keputusan dan mengeluarkan pendapat.
Komunikasi, memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengikut-pengikutnya, penukaran maklumat atau menunjukkan kesedaran tentang perkara-perkara semasa.
Penghargaan, tingkahlaku yang menunjukkan penghargaan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh anggotanya.
Merencanakan tahap-tahap dan pencapain usaha yang harus dicapai oleh pengikut
Sunggauhpun begitu untuk menentukan keberkesanan suatu pimpinan harus juga dilihat kepada kriteria-kriteria yang lain iaitu seperti penerimaan oleh anggota anggota kumpulan
Untuk menentukan sesuatu keberkesanan pimpinan perlu juga diukur sejauhmanakah pemimpin sesebuah organisasi itu berjaya meghadapi cabaran dalaman dan luaran. Ini bermakna apabila seorang pemimpin berjaya menghadapi suasana yang tegang dengan penuh yakin sudah tentu ia akan menambahkan keyakinan di kalangan ahli atas kepimpinannya.
Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam Memimpin PAS
Bukan senang memimpin Pas sebagai sebuah jamaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat.
Memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana yang kita memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di depan rakyat.
Sebagai pemimpin ynag terpaksa mengorbankan segala wang ringgit.
Sudah menjadi lumrah pemimpin terpaksa mengorbankan masa untuk memikirkan Islam di tegakkan di atas muka bumi ini.
Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Banyak yang nampak untuk membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat.
Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana memimpin parti, kerana kita dianggap anasir perosak negara.
Oleh kerana masa yang begitu terhad hubungan dengan jiran pun terbatas.
Realiti dalam Pas ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan memimpin. Akhirnya seorang pemimpin terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun, kerana yang lain semuanya tidak mahu memikul.
Realiti yang dihadapi oleh pemimpin Pas masa yang begitu kurang dengan anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan Pas.
Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka. Ini satu perjuangan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai standard minimum sahaja.
Pengorbanan seorang pemimpin ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika memimpin Pas dengan merai ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walaupun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah yang Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.
Perkara Yang Perlu Dijauhi Oleh Seorang Pemimpin
Malas untuk hadir mesyuarat.
Hanya tunggu arahan
Malas berfikir.
Tidak tahu pilih mana keutamaan.
Malas hadir ke program latihan.
Malas bertanya kepada orang yang tahu.
Tidak tegas dengan keputusan.
Jangan Sombong
Penakut dan kedekut.
Jangan Riya’
Jangan mementingkan diri sendiri semata-mata.
Pemikiran yang sempit
Membuat keputusan yang lemah
Payah menerima pandangan orang
Bagaimana Untuk Menjadi Pemimpin Yang Berjuang Dan Berkorban.
Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil
Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
Sentiasa mengingati syurga dan neraka
Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.
Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
Bertanya dan berbincang dengan orang yang tahu
Berbincang dengan cawangan lain atau kawasan lain untuk ambil
pengalaman dan dilaksanakan di cawangan masing-masing.
Menyediakan jadual latihan mengikut keutamaan.
Bersedia untuk menerima latihan.
Banyakkan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa.
Kesimpulan
Segala apa yang diberikan adalah sebahagian daripada usaha penulis untuk berkongsi pengalaman bagi menggerakkan jamaah Pas ke arah yang lebih cemerlang. Penulis dengan rasa rendah diri bahawa apa yang ditulis ini adalah ideal bagi sifat seorang pemimpin dan ianya tidak dimiliki sepenuhnya oleh penulis tetapi kita mesti bersama-sama untuk mencapai kearah itu.
idris ahmad

No comments
Post a Comment