loyanya drama oleh samy belut!

KUALA LUMPUR: MIC mahu pemimpin kumpulan haram Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, melupakan persengketaan lama dan bekerjasama dengan kerajaan demi pembangunan masyarakat India di negara ini.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr S Subramaniam, berkata mereka boleh membantu usaha kerajaan dalam menyelesaikan apa saja isu yang dihadapi masyarakat India.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan mendengar pandangan mana-mana pihak asalkan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan.

“Saya harap mereka ini dapat terima apa yang sudah berlaku secara baik dan berharap perasaan pahit yang ada pada diri mereka ini akan hilang dan memberi tumpuan kepada masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Persidangan Kuil Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau mengulas perasaan tidak puas hati pemimpin Hindraf terhadap Pakatan Rakyat terutama dua parti iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak membantu perjuangan mereka dalam menyelesaikan masalah masyarakat India meskipun menerajui lima negeri.

No comments

Powered by Blogger.