penipu besar rakyat kelantan dah bersuara!
Projek RMK-9 Yang Perlahan Di Kelantan Akan Dipantau - Mustapa
KOTA BAHARU, 3 Mei (Bernama) -- Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan MTPK) akan memantau pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Kelantan yang terlalu perlahan berbanding pelaksanaan di peringkat nasional, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau yang juga Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata MTPK akan memastikan semua projek di bawah RMK-9 di Kelantan yang bernilai RM7.6 bilion dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
"Perhatian akan diberikan terutama kepada lima projek besar termasuk menyempurnakan pembinaan kampus induk Universiti Malaysia Kelantan, pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua, projek pelebaran jalan dan pembinaan hospital serta sekolah-sekolah yang telah dirancang.
"Secara umumnya banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MTPK di sini hari ini.
Mustapa berkata kelewatan pelaksanaan projek turut berpunca daripada masalah pengambilan tanah yang belum selesai.
Beliau berkata pihaknya turut tidak berpuas hati dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan di Kelantan iaitu hanya 45 peratus, yang masih sedikit jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan di peringkat nasional yang kini mencapai 56 peratus.
"Memang kita tidak berpuas hati dengan peratusan ini. Jadi kita akan pantau dan mengenal pasti punca kelewatan atau sebab projek yang dirancang tergendala," katanya.
Mustapa berkata usaha juga akan dilakukan untuk mengenal pasti lebih ramai golongan miskin yang memerlukan bantuan di Kelantan.
Jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kelantan kini adalah seramai 19,000 penerima melibatkan jumlah bantuan RM37 juta setahun, katanya.
-- BERNAMA
jangan kata manis saja! jangan pandai berjanji sahaja! pengalaman lama dah mengajar yang dato pa penipu besar rakyat kelantan!

No comments
Post a Comment