DENGARKAN SEBUAH LAGU UNTUK ZAMBRY
Siapa masih ingat lagi tentang lagu bangau oh bangau yang kita pelajari di sekolah rendah dahulu? Saya yakin ramai yang masih mengingatinya. Lagu tersebut berbunyi…
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,………
……. Potong filem….
Katak oh kata, kenapa tak panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil, ular tak makan aku,
Ular oh ular, kenapa makan katak,
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku…
Bagi Zambry, saya telah buatkan sebuah lagu untuk beliau… yang diadaptasi daripada lagu di atas, daripada perenggan yang terakhir.
“Zambry oh Zambry, mengapa engkau gila kuasa,
Macam mana aku tak gila kuasa, memang kerja aku…”
Daripada lagu ini, apa yang ingin saya bawakan ialah perbezaan bangau dengan Zambry. Bangau dan makhluk-makhluk selepasnya, asyik menyalahkan makhluk lain. Contohnya, katak menyalahkan ular kerana memakannya. Tetapi sikap yang ada pada ular ialah mengaku kesalahannya. “memang makanan aku…”
Saya cuba menukarkan ular tersebut kepada Zambry. Ini kerana saya yakin, Zambry tidak seperti bangau yang menyalahkan makhluk yang lain. Sebaliknya beliau mengaku kesalahan sendiri, dan perbuatan ini sepatutnya dipuji. Sekiranya kita menganggap Zambry sebagai bangau, sudah pasti lagunya begini…
“Zambry oh Zambry, mengapa engkau gila kuasa,
Macam mana aku tak gila kuasa, duit dapat kat aku…”
Sekiranya Zambry itu adalah bangau, sudah pasti dia akan menyalahkan duit yang menyebabkan beliau gila kuasa. Tetapi hakikatnya, saya cuba menyamakan Zambry dengan ular, kerana ular tidak menyalahkan orang lain, bahkan mengaku kesalahan sendiri.
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah, semua perbuatan salah yang dilakukan oleh manusia adalah terpalit pada diri sendiri. Zambry tidak boleh menyalahkan Nizar kerana mengucar kacirkan kerajaan Perak, sebaliknya mengakulah bahawa huru hara di Perak itu adalah kesalahannya sendiri!
Janganlah anda mencontohi sikap suka menyalahkan orang lain, sebaliknya koreksi diri anda supaya mengaku kesalahan sendiri dan tidak mengulanginya pada masa akan datang..
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments
Post a Comment